hepi bufday sayaaaang!


hari ini kat ARMA ada sambutan hari kemerdekaan Malaysia.
sebagai rakyat Malaysia yang semangat patriotiknya meluap-luap terbakar-bakar sehingga berasap-asap telinga ini,aku turut mengambil bahagian dalam sambutan tersebut.
program start pukul 10 malam,selepas solat terawih,aku yang bersemangat ni turun puk
ul 11.15.
turun je orang dah beratur ambil makanan.alaaaa tak sempat dengar ucapan pegawai sengaja sebenarnya

dah alang-alang orang tengah makan,takkan aku nak pergi bersajak kat depan pulak kan?
terlebih patriotik sangat tu.aku pon apa lagi,beratur juga la ambil makanan.banyak makanan yang disediakan.alhamdulillah rezeki bulan puasa.aku ambil karipap dan kek apa ent
ah,hitam warnanya,bukan hangit.memang warna dia camtu.kalau ikutkan selera makan aku time tu,nak ja ambil banyak-banyak,tapi ramai pulak encik-encik kafe berdiri kat situ dengan muka yang sungguh selenga,mungkin bersiap-sedia untuk menangkap siapa sahaja yang mengambil makanan lebih dari syarat yang ditentukan.ok agak menipu di situ.aku yang malu sebenarnya nak ambil lebih.maruah weh maruah.

bekalan makanan dah mencukupi,aku terus parking kat port baik punya,seat paling belakang.
aku layan makan sorang-sorang sambil menghayati sajak yang dideklamasik
an oleh ustaz mana entah.
semangat betul dia bersajak,aku pon turut bersemangat,mahu saja bangun berdiri atas kerusi sambil kibar-kibarkan bendera Malaysia.tapi aku kawalkan saja nafsu imarah aku tu.habis sesi bersajak,ada silat pula.nama pon Malaysia,mana boleh berpisah dengan silat.orang tepuk ta
ngan,aku sertai juga,dah nama pon kat belakang sekali,mana nak nampak.nak pergi depan,tak pasal-pasal dijemputnya aku bersilat sekali,menyesal tak sudak pulak.bukan tak nak tapi aku pakai jubah time tu,tak sesuai la kan.


port terbaik


jam di tangan dah 11.45,lagu-lagu patriotik mula dimainkan dan para hadirin diminta berdiri untuk menyayikan lagu tersebut bersama-sama.ini menambahkan lagi debaran para hadirin untuk menjejaki jam 12 malam.lagu yang dimainkan seperti jalur gemilang dan yang lain tak ingat tajuk dia.eh takkan nak pasang lagu cindai pulak,ni hari merdeka la,bukan konsert akademi fantasia.aku mula terfikir,kalau kat Malaysia,aku tak pernah sambut hari merdeka.kurang-kurang aku lepak depan tv t
unggu jam 12 malam dan aku bersama-sama orang yang kat dalam tv tu melaungkan merdeka!merdeka!merdeka! tapi tak dela aku nak menjerit sampai terkeluar anak tekak,kang terkejut semua orang yang tengah tidur,tak pasal-pasal kena tido luar malam tu.dan yang paling terer aku penah buat,aku lepak kat balkoni rumah aku sambil melihat percikan bunga api dari Stadium Alor Setar(jarak jauh) kira ok la kan,nampak jugak warna-warni bunga api kat langit.tapi sekarang,aku berdiri dalam keramaian ini,di sebuah negara asing bernama MESIR bagi menyambut hari kemerdekaan negara tumpahnya darah ini,MALAYSIA.memang lain rasanya.

dan yang lagi aku terharu,semua orang memang bersemangat.bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Malaysia,makin lama makin tinggi suara,makin ber
semangat.
ustaz-ustaz malam ini semua dah bertukar menjadi penyanyi rock,ustazah-ustazah masih terkawal,malu agaknya,takkan nak nyanyi sama rock dengan ustaz-ustaz it
u pula,ganas sangat.
ustaz suara rock,ustazah suara harmoni,baru ada keserasian.tapi memang happening la time tu,muzik pon makin lama makin kuat.kadang-kadang aku pandang juga ke atas,takot-takot ada arab yang tak puas hati ke.dicampaknya bantal ke tilam ke kan bahaya tu.yela kita buat bising malam-malam,kacau dia orang nak tido.tapi alhamdulillah,tiada sebarang kecederaan yang berlaku.


ustaz-rock,ustazah harmoni


tepat jam 12 malam,Encik Khairul Anwar dengan bersemangatnya melaungkan kalimah MERDEKA! sebanyak beberapa kali,tak sempat nak bilang,sambil para hadirin menyambut laungan keramat tersebut.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!laungan merdeka di negara orang,ohhh what a feeling.
habis je laungan merdeka dilafazkan,lagu Negaraku terus dimainkan,kami men
yanyikannya beramai-ramai.semua orang bersemangat!!!!aku suka keadaan ini.dah tak de control-control lagi dah,semua balon je nyanyi.terdengar juga suara sumbang,pitching bertaburan lari pon ada,pedulikan saja!!yang penting semangat.itu yang kita mahukan!!habis je nyanyian lagu Negaraku,majlis pon berakhir dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-`Asr.majlis bersurai.


suasana time menyanyikan lagu patriotik


antara yang paling bersemangat..comel!!


ohhhh sayangku ......

MALAYSIA!!!SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-53!!!!

dah tua laaa awak
semoga sentiasa dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah...ameen
i love u so much!!!!
bulan 12 nanti kita jumpa ye,insyaallah (^_~)



p/s:untuk kawan-kawan yang akan menempuhi peperiksaan,selamat berjaya ya!!usaha,doa,tawakkal!!insyaallah najah!!



imtiyazismail


31082010
02:45am

2 comments:

tsam_ismail said...

hang pnah eh tgu koi 12?hahaha awat aku rsa aku sorg ja dpan tv.hmm musykil.btw bukan birthday MALAYSIA dik.birthday tanah melayu.malaysia punya birthday is on sept 16.

sejarah wehh sejarahhhh!

imtiyazismail said...

hg bkn selau smbut merdeka kat ausie ka?hahahahah
weh aku pon smngt la!!!depan tv mesti ada aku punya...

ohhh...ala tanah melayu sekarang dh jd mlysia pon hahaaha
kira dy la tu..
yg pasti 17 sept bday aku ghahahaa