minah angau

Dubirubiruraffa
Dubirubiruraffa
Dubirubiru dubirubiru

Dubirubiruraffa...

penat sudah encik leppy dok melalak lagu ini
dia yang dolu2 tau cakap melayu saja sudah pandai nyanyi korea woooo
nak buat macam mana kan??
puan leppy sudaaaa angau


macam mana boleh tersesat kat sini lak mamat ni??
apa??apa??cari tuan blog ni??? ;)

*pesanan penaja:sila jangan pandang lama-lama,nanti ada yang free2 rasa penumbuk sulung aku
(bajet perkasa macam ultraman taro)


aigoooo....senyum-senyum pulak
janganla camtu derr...aiiii segan lerr


aiii bukan tak nak u...tapi aii rasa u lebih sesuai dengan akak ni
shuhhh..shuhhh...pegi main jauh-jauh
aiii tak nak mainkan perasan u


haaa ni lagi sorang!!!aiyoooo jangan ganggu hidup aiii laaaaa
balik la ke pangkal jalan
hyda menunggumu dengan penuh harapan dan kasih-sayang
jangan pikir aiii lagi k....


p/s:orang-orang ka atas ni,jangan sedih ye cinta korang aiii tolak...niat aiii baik,aiii tak nak korang kecewa ja...ok bye nak tido.jumpa dalam mimpi kat kedai roti canai ya!!!

p/s/s:bawak-bawak bertaubat ye imtiyaz,angau ja keja!!!



imtiyazismail
300910
01:31pm

bila

aku bosan :)




imtiyazismail
290910(3 hari lg sebelum kembali ke sekolah)

01:50pm

AKU,KAU,DIA dan KAMU

Negaraku kini dibanjiri dengan hulubalang!!informasi yang aku terima dari tunku laksamana Doremi mengatakan mereka hulubalang dari negara Lalang yang suka suki lalu lalang kat sini
nak masok negara orang pon biarla berbisa.eh salah,berVISA.kan dah jadi pendatang haram.
gara-gara aku balik kampung,raya punya hal,mereka merampas kerajaan Taman dan mengamalkan sistem birokrasi.aku dihalau,juga rakyat-rakyat lipasku.
tapi aku berjaya merampas kembali takhta berkat bantuan pahlawan-pahlawan orang laut!!!hulubalang itu semua aku sumpah jadi pokok ubi,boleh juga buka perniagaan ubi bakar kat tepi jalan.demi menghargai bantuan pahlawan-pahlawan laut,aku kembalikan mereka ke negara asal mereka di kutub utara menaiki airasia.bukan main seronok mereka-mereka itu dapat naik kapal terbang free.yela,selalu dapat naik jetski ja.aku tumpang gembira untuk mereka.
kini aku dapat menyuburkan kembali taman aku ini.

wahhh lama juga aku tak hapdate.busy kah?tak juga.malas?ya2 itu jawapan terbaik setakat ini.
selepas aku tulis ayat atas ini,aku dapat jawapan baru.terlalu banyak idea sampai tak tahu nak tulis yang mana satu.ya2 itu jawapan terbaik setakat ini.hari ni aku terasa nak cerita satu cerita kurang senonoh.boleh muntah keluar daging selepas membacanya.itupun kalau anda membaca dengan penuh perasaan seiring dengan intonasi suara yang slumber seperti yuna.alkisahnya sebegini.

ada satu hari tu aku tercuri-curi dengar orang mana entah bersembang perihal 1 syawal.tula lain kali kalau nak gosip pah bedah yo,tutup pintu rapat-rapat.kan aku dah berdosa tumpang bergosip sekali.aku kurang mengenali mereka.tapi dah TERdengar,aku teruskan jela,sebab macam menarik ja.so aku nak share la cerita yang aku rasa menarik itu dengan hampa semua.aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menaip balik seketul-seketul seperti yang mereka tuturkan.tak baik tokok tambah.ini cerita mereka,bukan cerita aku.mereka ini 4 bersahabat.nama mereka SITI AKU,NURUL KAU, NOR DIA dan SYARIFAH KAMU (nama sebenar),nama panggilan AKU,KAU,DIA dan KAMU.

malam raya yang lepas,dua sahabat,AKU dan KAU buat kerja sambilan.cari duit lebih nak beli mercun agaknya.malam-malam raya masih bekerja,tabah betol.anak-anak kat rumah nangis nak makan kuih raya sapa nak layan.mereka berdua menjadi delivery girls.hantar baju raya kat rumah orang.kerja ni tak da gaji pon sebenarnya.sukarelawati mereka ini.hanya Allah sahaja yang dapat membayar gaji mereka.dekat satu rumah tu,ada sorang ni berkata kepada mereka :

" bagusla korang...dengan perbuatan korang nie,korang dapat buat orang lain bahagia di malam raya"

AKU dan KAU senyum sampai telinga macam dapat duit raya 100 dolar.

sementara itu,DIA berada di rumah.berehat-rehat tiada kerja.AKU menelefon DIA dan memberi arahan.

"weh ada keja dak??tolong wehh...tolong sembelih daging yang aku tambat kat dalam peti besi tu.sembelih bagi jadi kecik-kecik boleh dak?pastu simpan balik dalam peti besi aku tu.balik satgi aku boleh masak terus,aku macam lambat lagi nak balik " si DIA turutkan sahaja arahan itu.

jam hampir menunjukkan angka 11.30.AKU dan KAU sampai juga ke rumah selepas penat bekerja.si DIA pula sudah tidur.penat meyembelih daging agaknya.AKU akan memasak malam ni.nampak gaya macam tak tido ja.banyak menu nak masak ni.teringin nak makan di pagi raya.KAU pula akan mengemas rumah,tapi dia dah tertido.tak apa,akan AKU kejutkan juga nanti.selepas melakukan sedikit aktiviti pembersihan diri,AKU dah bersiap-siap nak memasak.KAU juga dah bangun dari tido.macam mana KAU boleh terbangun,AKU kurang pasti.mungkin KAU ingat orang dah start solat hari raya.AKU pegi ambil daging dalam peti besi yang sudah siap dipotong.hmmm bagus juga hasil kerja DIA ini.

AKU masak punya masak,potong punya potong,bersin punya bersin,sampai time untuk memasukkan daging.AKU buka tupperware itu,AKU tengok dan AKU bertanya kepada KAU :

"rasa-rasa DIA dah basuh belum daging ni?"

"ermmm tak taula,nak tanya,DIA dah tido"

"mestilah dah basuh kan?mana ada orang potong daging tak basuh,lagipon AKU tengok,bersih je ni,tak da darah pon"

AKU dengan yakinnya mencampakkan semua daging itu dalam masakannya.akhirnya siap menu yang diidamkan itu.

**********

pagi 1 Syawal....

KAU memuji-muji masakan AKU.sedap betol katanya.AKU pon akui masakannya memang sedap tapi hanya di dalam hati.AKU dapat 1 dosa di pagi syawal,dosa riak.

AKU,KAU dan DIA bersama-sama bersarapan pada pagi itu sambil memuji-muji kesedapan masakan AKU.semua gembira.

*orang sepatutnya memuji-muji kebesaran Allah,mereka pula memuji-muji makanan AKU.haishhhhh...

"makan weh makan,tambah-tambah,banyak lagi ni.kat dapur ada 5 kawah lagi "berkata AKU dengan makanan penuh di dalam mulut.

ketika semua tengah khusyuk melahap menyumbat-nyumbat makanan di dalam mulut,KAU berkata sesuatu :

"weh DIA,DIA dah basuh kan daging ni semalam??"

AKU menyampuk

"AKU tengok bersih je.lagipon DIA tido,tak sampai hati nak tanya.AKU masak jela."

lalu mata DIA membulat seperti ternampak hantu tengah makan nasi di depan mata

"DIA tak basuh lagi weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!"

semua terdiam.

"tak pa,tak pa.makan-makan.sedap ni.ala dah masakkan,semua bacteria dah mati" KAU berkata sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

AKU dan DIA pon teruskan makan sambil bercerita pasal doraemon tanpa menghiraukan tentang daging yang sudah menjadi sarapan kami.

sedang kami bergembira bercerita,tiba-tiba pintu diketuk.

"tok..tok"

"masukla....pintu tak kunci,SELAMAT HARI RAYA!!!"AKU berkata-kata penuh semangat raya.

muncul suatu lembaga di muka pintu...

"ehhhh KAMU..mehla masuk...dah sarapan belum??mehla masuk sarapan dengan kami!!!!!!"AKU berkata tanpa ada perasaan,seperti terlupa apa yang berlaku seminit yang tadi.

DIA dan KAU hanya mampu meneruskan makan dan berpura-pura tak tahu apa-apa.

**********************


p/s:sumpah ini bukan cerita aku,ini cerita AKU,DIA,KAU dan KAMU
p/s/s:aku sempat curik-curik dengar gosip dia orang sampai habis,katanya tak ada yang sakit perut,alhamdulillah.dan mereka rasa bersalah kat KAMU itu.

p/s/s/s: SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN :)))))




imtiyazismail
26092010
02:57pm




saya punya abang


(entry ini juga ditujukan khas kepada
cik kakak ibtisam)


alhamdulillah selesai juga aku menjamu diri aku dengan sedikit santapan rohani pada pagi itu.
aku termenung seketika.berfikir.malam semalam 27 Ramadhan.mungkinkah aku bertemu denganNya semalam,wallahualam.ini semua janji Allah.aku hanya mampu berharap.tiba-tiba teringin nak menjenguk di tingkap,menikmati keindahan pagi 27 Ramadhan di bandar Cairo.selalu mengendap-ngendap kat tingkap ni sebab nak usha ustaz kat bangunan sebelah ja.gila tak bertamadun.yang ustaz-ustaz tu pon sapa suro dok bergayut kat tingkap.kan dah kena usha.pagi ini aku dah insaf.tak nak buat lagi,biarlah mata ini memandang hanya pada yang halal dan suci bersih di sisi Allah.mudah-mudahan.MasyaAllah,tak sia-sia aku merajinkan diri aku menyelak langsir dan memandang ke luar.memang indah pagi ini.Allahuakbar.jarang nak nampak awan putih beratur-atur di atas sana,berarak-arak pergi ditiup angin dan pagi itu,udara memang nyaman dan sangat sejuk.kipas memang off.mesti kipas tu bersyukur gila aku bagi dia cuti.terpana aku seketika di situ.kalau diba ada ni,mesti dia excited lompat-lompat sampai syiling.memang cantik.apakah tandanya itu?mugkin....

bila dah tak tahu nak usha apa lagi,oxygen pagi tu pon aku dah hirup betul-betul,aku bergerak ke katil.kalau ikutkan hati ni,nak je lompat bum bum atas katil tu dan terus tidur,tapi aku ada kelas pukul 9 nanti.aku tak nak lambat seperti hari-hari lain,kesian ustazah.semalam tido setengah jam saja.aku cuba lawan perasaan itu dengan buat kerja sekolah yang ustazah bagi,kang tak buat kena berdiri atas meja,tak nak aku.budak-budak beli air sirap kat kantin tak beratur bolehla kena denda camtu.aku buat keja sekolah sambil baca buku.gila rajin kan aku?aku memang suka baca buka tu,tajuk dia mukabuku.
baca punya baca halaman utama dia,tiba-tiba ada orang kasi message kat facebook chatting.

weh mamat ni.mamat hensem ini!!aku rajin juga stalk facebook dia,dia makin buncit sekarang.tapi tetap hensem(mesti makin buncit kalau dia baca apa yang aku tulis nie).aduhhhh bulan puasa ni.arrhhhh layankan saja,bukan dosa.abang aku kot.tapi aku sentiasa berjaga-jaga kalau sembang dengan dia,dia ni masalah mental sikit sama ja macam sham.dari segi psychology,bila sembang dengan orang macam ni,kita pon kena jadi mental macam dia jugak.maaf kalau perbualan terdapat sedikit ketidak ajaran.hayatilah perbualan kami(maaf dialog dalam loghat kedah)


Justice:hepy besday,moga panjang umuq,murah rejeki
Aku:hoiii,silap orang kah? hahahaha bila masa pulak bufday aku nie hahahaha
Justice:eh hang bukan 6 sept ka?
Aku:sewel hahahaha 17 sept la
Justice:17 sept tu orang lain rasanya,
bukan arwah dah ka hang time 17hb tu
Aku:hang jangan doa gutu,jadi sungguh baru tau,dah tak dak adik comey macam aku nie
Justice:ada adik huduh macam sham pun kira jadila,adik ipaq macam shrek(arep)
Aku:kah2,adeh,tau kat sham nie...habeh hang
Justice:sham aka donkey
Aku:donkey suara sedap,fiona la dia,gemuk hahahaha
Justice:fiona bertukar jadi donkey
Aku:abang2
Justice:awat?nak menikah?
Aku:ishhh yang tu plak.
kak man kat rumah dah,hang bila nak balik ke pangkal jalan?
Justice:pangkal jalan cari tak jumpa,maklumla rumah dalam hutan
Aku:nampak sangat lama tak balik,baba tebaih habeh dah aih hutan tu
Justice:lama dah aku tak balik kedah,last balik 31ogos haritu (lerr mamat ni,hari nie baru 6 sept)
Aku:la yaka,ok la tu,aku 3 oct tahun lepas,waaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Justice:hang bukan orang rindu pun,tak balik pun tak pa
Aku:biaq pi la,aku rindu,aku kena la balik
Justice:lepas tu awat tak balik?
Aku:tak dak duit,mama tak restu aku balik,suro ngaji hahahahah
Justice:balik bukan naik duit,naik flight
Aku:memang la,ingat aku pilot ka,boleh free-free saja
Justice:balik mai,jadi laa restu tu,hat tak restu pun restu gak
Aku:nak dapat tiket flight bukan pakai ayaq liuq(air liur) huhuhuh
Justice:nak 1000 daya tak nak 1000 dalih
Aku:bulan 12 nie aku balik la,hang jangan rindu kat aku kahkahkah
Justice:semakin rindu semakin benci
Aku:cehhh tak pa tak pa
Justice:ada ustat kata,rindu seorang pompuan di mulut,rindu sorang laki di hati,leteran seorang pompuan di mulut,leteran seorang laki di hati
Aku:laki saja lagu tu,belagak tak mow ngaku btoi2 hahahahah kesian kak fira terseksa ngan hang hahahah
Justice:sebut pasai dia
Aku:ha awat wei,mengandung lagi ka?
Justice:petang ni nak pi shopping kat sogo huhu
Aku:cehhh,ingt ka mngdung lagi
Justice:dah la bajet sikit ja,sorang RM1500
Aku:ishhh sikit sangat tu weh,miskin dah ka hang la nie?
Justice:tu la pasai,wei,aku nk start kes dah nie,c u later
Aku:ok2..kim salam semua
Justice:kirim laa duit plak,asyik kirim salam ja
Aku:hang la kena kirim kat aku,aku tak dak duit,salam ja yg free,tak gado timbang dulu
Justice:ok laa,take care salam
Aku:ok2 insyaallah salam.


beginilah dialog kurang siuman kami pada pagi itu!!memang tergolek-golek aku gelak dengan ayat-ayat power abang aku.dia nie memang macam ni.abang aku ni memang kuat perasan,tengok dia pakai nama Justice.dia ni dari kecil bercita-cita nak jadi lawyer,tapi tulah,belajaq malasss!!!dapat kerja jadi cuci kat court pon jadi la kan??
siap perasan lagi nama dia masuk paper.padahal tu najib lain(sila klik)


ABANG!!!
TENKIU KERANA BERJAYA MENCERIAKAN HARIKU!!!!
ABANG YANG TERBAIK!!!!I LOVE U LAAHHHHH!!!



entry ini ditulis semata-mata untuk mendidihkan cik ibtisam si kakak dengan statement:


Justice:ada adik huduh macam sham pun kira jadila,
adik ipaq macam shrek(arep)


sham,relax sham.nanti aku suruh abang minta maaf kat hang hahahahah
sekian dahulu cerita kami.


p/s:aku tertidur juga selepas itu,bangun jam 9.15.terlambat juga.aku kena denda berjalan itik keliling asrama.

imtiyazismail
08092010
12:20am