Kerana dirimu terlalu berharga...


Sekadar perkongsian....

Wahai wanita-wanita ISLAM,peliharalah 13 perkara ini :


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda Nabi SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



hanyalah bahan copy paste tapi sangat bermanfaat untuk perkongsian bersama :)


imtiyazismail

04:30apm

28112010



all or nothing



"But this life without you is no life anyway"




" Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga)kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.
mereka kekal di dalamnya,Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

  • (QS. 25:74-76)



  • Allah knows better my dear...


    p/s:ohhh Malaysia.....wait arrr teheeeeee~


    imtiyazismail
    22102010
    09:47pm

    cinta terlarang

    yeahhh aku dtg lagi hohoho
    kali nie entry memaparkan sebuah kisah cinta terlarang.

    jom sama2 kita saksikan.

    tarikh:kurang seminggu sebelum menjelang hari raya qurban
    lokasi:suq(pasar)dekat dgn uni
    director:aku la
    tajuk drama:belum pikir



    "hye,nama saya abg unta"..dia memulakan bicara tanpa diminta


    abg unta mula terpikat dgn si gadis cantik ini...
    mereka sempat bertukar nombor telefon


    so sweet together gather.
    masing-masing mula menaruh perasaan


    namun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan

    si gadis:jumpa lagi ea..saranghae T.T..
    abg unta:saya dh nk kena smbelih la awak!!


    "apa??sembelih??"
    si gadis tersebut tak dapat menahan perasaan,terus berlari-lari
    anak meninggalkan abg unta keseorangan.
    abg unta cuba mengejar,namun tidak kesampaian kerana tengkoknya ditambat rapi di tiang.


    abg unta menangis tak berlagu sambil bayang-bayang si gadis pujaan
    sedikit demi sedikit menghilang


    abg unta cuba menghilangkan keperitan hati dgn makan sepuas-puasnya.
    selesai makan,abg unta terus melupakan si gadis.
    rupa-rupanya abg unta mengalami masalah short term memory lost....
    si gadis terus dilupakan begitu sahaja..


    moral of the story:drama ini mmg tak bermoral.

    -TAMAT-


    **********************************


    tamat sudah drama aku.
    skrg jom tgok keadaan suq bila nk dekat2 ghaya.



    sudah terkorban.....



    suq mmg terbaaik arh...fresh dari ladang



    ghapat mai ghapat mai...murah2 belaka



    berehat nohh...makan kenyang2...


    semua ini akan menjadi korban belaka..selamat tinggal huhuhuh


    "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari.
    Maka Rasulullah SAW bertanya:Hari apakah yang dua hari ini?
    Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah
    Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."

    (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


    p/s:selamat hari raya aidiladha semua!!!!mari sama2 berkorban untuk menjadi yg lebih baik.insyaAllah biiznillah.
    p/s/s:doakan agar director x kena belasah ngn cik gadis..hehhe ;p


    imtiyazismail
    14112010
    05:23pm






    tahniah kak dan kakak!!!


    hye semua!!!!!assalamualaikum!!!! :)
    moga-moga semua sihat walafiat nohhh.(proper intro kali ni)
    nk guna ayat selalu la "ohhh lama sungguh tak update blog!!!"
    kali ni bukan sebab busy,tapi sebab pemalaih.

    yeahhh!!!lately ni banyak sangat benda hepi berlaku,alhamdulillah ya Allah
    bukan kat aku,aku ni tumpang orang lain punya hepi ja bwat ayat kesian
    jom nak ceghita.

    1:kak aku yang nama ibtisam ni,nak kata pndai,tak dak la pandai mana pon.ayat jeles
    lepas dia grad hari tu,dia rajin apa xtau,dia sambung wat honours.sekali result keluaq dapat first class honours plak dah.klu kt mesir nie,kira mumtaz arrr.aku punya terkejut sampai tak boleh tidoq lepas subuh pada hari itu!!!(sila jangan tiru tabiat buruk ini)
    tapi tu la,aku dah bincang-bincang dengan tuan majistret a.k.a abg aku,kami sepakat,result dia itu hanyalah nasib dan berkat doa kami juga ya.(ayat org xleh terima kenyataan)
    abangku,mari kita insaf.


    "Sesungguhnya Allah Maha Pemurah,Maha Penyayang lagi
    Maha Adil ke atas hambaNya"

    siapalah kita nak menilai dan mempersoalkan rezeki dan ketetapan
    Allah...


    to my dear sister Ibtisam Ismail


    TAHNIAH KAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    aku tersangatlah gembira sebenaqnya bila dengar berita ni
    (ayat2 kat ats tu melawak adik-bradik ja nohhh)
    u already went through sooo many things until u finished up ur honours!!teriak tu benda besala kan??
    so,1st class honours tu,u deserved it lahhh!!!!!aku tumpang bangga wei.
    papon kat Allah juga kita kembali,tanpa redhoNya,x jadi semua nie,btoi dak??.alhamdulillah
    dah sujud syukur belum??heheheh
    haaaa jgn lupa say thanks to mama baba juga!!!


    -mama,sham,baba-
    graduation day,uni of adelaide 2010



    2-ini berita gembira kedua yg juga mbuatkan aku x tido lepas subuh,excited punya pasai.
    seperti yg anda ketahui,aku ada 8 org anak saudara.klau x tau,sila baca entry ini .dah baca?dah khatam nama2 sweet mereka?haaa ini kisah anak saudara aku yang paling tua sekali,tak dak la tua mana pon,baru 12 tahun.nama diberi oleh mama dan baba dia,IFFATUL AMANI BINTI MOHD ZAHIR.
    cucu sulung mama dan baba aku.hari tu dia UPSR.alhamdulillah dapat 5A!!!!!


    TAHNIAH KAKAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


    (kakak itu panggilan kami kepada iffah)

    kakak!!!mak su hepi btol dengan kejayaan kakak.
    jadi teladan kat adik2 tau.
    jadi anak solehah mama baba juga!!!!
    maksu syg gilaaaa kat kakak.
    nanti kita jumpa nohhhh...
    sila belanja mak su,upah maksu ajar kakak karangan hahahah


    -izzah,iffah,irfan-


    p/s:doakan mak su mumtaz plak naihhh....amin insyaAllah.
    p/s/s:bnyk lg nak ceghita,tp dh x larat hehe
    p/s/s:ku bersyukur dgn kurnian ini ya Allah,sekurang-kurangkan dpt menutup rapi kelukaan hati ini...:)


    imtiyazismail
    13112010
    07:17pm