hepi bufday sayaaaang!


hari ini kat ARMA ada sambutan hari kemerdekaan Malaysia.
sebagai rakyat Malaysia yang semangat patriotiknya meluap-luap terbakar-bakar sehingga berasap-asap telinga ini,aku turut mengambil bahagian dalam sambutan tersebut.
program start pukul 10 malam,selepas solat terawih,aku yang bersemangat ni turun puk
ul 11.15.
turun je orang dah beratur ambil makanan.alaaaa tak sempat dengar ucapan pegawai sengaja sebenarnya

dah alang-alang orang tengah makan,takkan aku nak pergi bersajak kat depan pulak kan?
terlebih patriotik sangat tu.aku pon apa lagi,beratur juga la ambil makanan.banyak makanan yang disediakan.alhamdulillah rezeki bulan puasa.aku ambil karipap dan kek apa ent
ah,hitam warnanya,bukan hangit.memang warna dia camtu.kalau ikutkan selera makan aku time tu,nak ja ambil banyak-banyak,tapi ramai pulak encik-encik kafe berdiri kat situ dengan muka yang sungguh selenga,mungkin bersiap-sedia untuk menangkap siapa sahaja yang mengambil makanan lebih dari syarat yang ditentukan.ok agak menipu di situ.aku yang malu sebenarnya nak ambil lebih.maruah weh maruah.

bekalan makanan dah mencukupi,aku terus parking kat port baik punya,seat paling belakang.
aku layan makan sorang-sorang sambil menghayati sajak yang dideklamasik
an oleh ustaz mana entah.
semangat betul dia bersajak,aku pon turut bersemangat,mahu saja bangun berdiri atas kerusi sambil kibar-kibarkan bendera Malaysia.tapi aku kawalkan saja nafsu imarah aku tu.habis sesi bersajak,ada silat pula.nama pon Malaysia,mana boleh berpisah dengan silat.orang tepuk ta
ngan,aku sertai juga,dah nama pon kat belakang sekali,mana nak nampak.nak pergi depan,tak pasal-pasal dijemputnya aku bersilat sekali,menyesal tak sudak pulak.bukan tak nak tapi aku pakai jubah time tu,tak sesuai la kan.


port terbaik


jam di tangan dah 11.45,lagu-lagu patriotik mula dimainkan dan para hadirin diminta berdiri untuk menyayikan lagu tersebut bersama-sama.ini menambahkan lagi debaran para hadirin untuk menjejaki jam 12 malam.lagu yang dimainkan seperti jalur gemilang dan yang lain tak ingat tajuk dia.eh takkan nak pasang lagu cindai pulak,ni hari merdeka la,bukan konsert akademi fantasia.aku mula terfikir,kalau kat Malaysia,aku tak pernah sambut hari merdeka.kurang-kurang aku lepak depan tv t
unggu jam 12 malam dan aku bersama-sama orang yang kat dalam tv tu melaungkan merdeka!merdeka!merdeka! tapi tak dela aku nak menjerit sampai terkeluar anak tekak,kang terkejut semua orang yang tengah tidur,tak pasal-pasal kena tido luar malam tu.dan yang paling terer aku penah buat,aku lepak kat balkoni rumah aku sambil melihat percikan bunga api dari Stadium Alor Setar(jarak jauh) kira ok la kan,nampak jugak warna-warni bunga api kat langit.tapi sekarang,aku berdiri dalam keramaian ini,di sebuah negara asing bernama MESIR bagi menyambut hari kemerdekaan negara tumpahnya darah ini,MALAYSIA.memang lain rasanya.

dan yang lagi aku terharu,semua orang memang bersemangat.bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Malaysia,makin lama makin tinggi suara,makin ber
semangat.
ustaz-ustaz malam ini semua dah bertukar menjadi penyanyi rock,ustazah-ustazah masih terkawal,malu agaknya,takkan nak nyanyi sama rock dengan ustaz-ustaz it
u pula,ganas sangat.
ustaz suara rock,ustazah suara harmoni,baru ada keserasian.tapi memang happening la time tu,muzik pon makin lama makin kuat.kadang-kadang aku pandang juga ke atas,takot-takot ada arab yang tak puas hati ke.dicampaknya bantal ke tilam ke kan bahaya tu.yela kita buat bising malam-malam,kacau dia orang nak tido.tapi alhamdulillah,tiada sebarang kecederaan yang berlaku.


ustaz-rock,ustazah harmoni


tepat jam 12 malam,Encik Khairul Anwar dengan bersemangatnya melaungkan kalimah MERDEKA! sebanyak beberapa kali,tak sempat nak bilang,sambil para hadirin menyambut laungan keramat tersebut.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!laungan merdeka di negara orang,ohhh what a feeling.
habis je laungan merdeka dilafazkan,lagu Negaraku terus dimainkan,kami men
yanyikannya beramai-ramai.semua orang bersemangat!!!!aku suka keadaan ini.dah tak de control-control lagi dah,semua balon je nyanyi.terdengar juga suara sumbang,pitching bertaburan lari pon ada,pedulikan saja!!yang penting semangat.itu yang kita mahukan!!habis je nyanyian lagu Negaraku,majlis pon berakhir dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-`Asr.majlis bersurai.


suasana time menyanyikan lagu patriotik


antara yang paling bersemangat..comel!!


ohhhh sayangku ......

MALAYSIA!!!SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-53!!!!

dah tua laaa awak
semoga sentiasa dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah...ameen
i love u so much!!!!
bulan 12 nanti kita jumpa ye,insyaallah (^_~)



p/s:untuk kawan-kawan yang akan menempuhi peperiksaan,selamat berjaya ya!!usaha,doa,tawakkal!!insyaallah najah!!



imtiyazismail


31082010
02:45am

jijah oiiiii

petang tadi telefon rumah aku berdering.rumah mana lagi,rumah kat malaysia la.
aku nak angkat,tapi tak mampu sebab aku yang call.
dulu time first year aku selalu kol rumah,malangnya time tu kakak aku yang bajet 45 kilo(sham) tu ada kat rumah sebab dia cuti.asal aku call je,mesti dia yang angkat.dah macam telefon tu dia yang punya.nampak sangat 24 jam tengok tv.(telefon terletak bersebelahan tv).sampai satu hari tu dia angkat phone,dengar ja suara aku,dia terus cakap

"lah hang lagi??tak dak orang lain ka nak tepon?bagila mama masa sikit nak rindu kat hang.ni tiap masa telefon,tak dan nak rindu..."

"arghhh aku kesah apa.aku nak cakap ngan mama,bukan ngan hang.dah dah,mama mana??"

ok selingan.saja nak ngutuk cik senyum tu.itulah gayanya time aku first year.tapi sekarang dah second year,dah jarang-jarang jugak call,.seminggu sekali ja.lagipon voip sekarang mahal.

ok sambung cerita tadi.
aku tepon rumah bukan sebab rindu nak teriak melalak-lalak teringatkan rumah,bukan!bukan!
ada sebab lain.sebab yang membuatkan aku sangat teruji sebagai
seorang wanita yang bakal menjadi seorang isteri nanti.perghh ayat kontroversi.NANTI lah NANTI!bukan sekarang.

semalam tengah asyik aku melayan cerita good luck di bulan puasa ini(ok tak bertamadun),tiba-tiba aku mendapat ym daripada seorang kawan.kawan lelaki.

selepas sedikit kata-kata permulaan,dia terus memulakan bicara dengan bertanyakan soalan yang membuatkan mata aku hampir terjembol keluar(ok hiperbola).tapi aku buat-buat relax.izzah yang kat sebelah pon berdebar weh,aku dapat rasakan degupan jantung dia.


"yat....macam mana nak masak beras pulut erh??terasa nak makan pulut pulak..."

"air banyak mana?macam masak nasi ke?"

bertubi-tubi aku diserang.
ya Allah,berat betul dugaan aku malam ni.terketar-ketar tangan nak t
aip.
jangan ditanya cara memasak,beras biasa dengan beras pulut pon belum tentu aku dapat bezakan.
tapi aku cuba tidak gelabah.aku letakkan jari di kepala,gaya-gaya seperti berfikir..masak nasi aku pandaila,cuma aku belum pernah ada peluang nak masak pulut.
aku rasa macam biasa jela kan.air macam masak nasi juga.selepas bergelak-gelak dengan izzah sebab tak tahu nak jawab(bukan tak tahu,tak pasti je hahaha),akhirnya aku pergi bertanya dengan kak khairun yang sememangnya cekap bab-bab memasak ni.haaa betol la.kak khairun pon bersutuju dengan jawapan aku.air diukur macam masak nasi juga.

"a ah.air mcm masak nasi juga"aku cuba membalas


"betul la kot"aku balas lagi.

"insyaallah betul dah"...3 kali aku membalas.

dalam hati aku bermonolog,mesti dia pening dan ragu-ragu dengan jawapan aku.sapa suro tanya aku.memang silap orang.

lalu dia ucapkan terima kasih dan berkata esok malam dia nak try masak.

tiba-tiba berbunga hati ini.esok malam??wah boleh la kol mama tanya macam mana caranya.
ha sebab tu la aku kol mama tadi.panjang kan explanation???tak pa,janji paham.itu keyword kita malam ini.sembang punya sembang,akhirnya dah tahu gimana caranya.

"didihkan air dulu,baru masukkan beras pulut tu.air tu,kalau masak 1 pot beras,air setengah atau 3/4 pot"

"ohhhhhhhhhhhhhh..."

alang-alang dah call,teringin pulak nak berbicara dengan anak-anak saudara kesayanganku.dah besar kah mereka?ok soalan takleh blah.mak su yang prihatin ni tentang tumbesaran kanak-kanak ribena itu.
aku bersembang ngan kakak(iffatul amani).dia anak saudara paling besar,dah nak upsr pon.sembang punya sembang,aku terdengar suara jijah(izzah hanani)
haaaa budak itu!aku nak cakap dengan budak itu!anak saudara yang paling susah nak dapat cakap dengan dia.aku tak mengharapkan apa-apa.dapat dengar suara pon ok dah sebab masa paling lama dia boleh bertahan bercakap di telefon hanyalah dalam 3 minit,atau kurang.berlagak kan?
aku ni selalu ja kena marah dengan dia.saya suka!cool weh...

"hey awak pandang-pandang saya kenapa?"

"eh mak su ni cakap banyak pulak"

ayat-ayat biasa yang aku selalu kena serang dengan dia.penah juga satu hari aku cakap telefon dengan dia.aku suro dia bacakan abc,mak su nak check betol ke tak.

"eh saya dah pandaila abc.saya dah dapat nombor 1 pon!!"

kan dah kena dengan si jijah ni.aku gelak tak boleh berenti time tu.adoyaiii jijah..jijah...

hari ini aku nak mencuba nasib aku untuk bercakap dengan dia.

aku memulakan bicara.

mak su:hello...sapa nie??
jijah:nie izzah...

wahhh memang jawapan budak gi tadika,kalau dulu mesti jawab,nie jijah.apa barang jijah,mana hot kan???

mak su:kenal tak sapa nie??
jijah:ehhh saya tak kenal la awak sapa..

hahahhaha aku dah gelak.dia start dah.ok tanya lagi.

mak su:nie mak su la.....awak puasa tak hari ni?
jijah:ohhhh mak su ke....takkkkk....

wahhhh dia kenal lagi mak su


mak su:laaa kenapa awak tak puasa.kan dah besar....awak rindu mak su tak?
jijah:tak pon!
mak su:sampai hati izzah tak rindu mak su

aku buat-buat sedih.


jijah:ehh mak su cakap apa ni,saya tak paham la...ok la mak su,saya rasa macam penat la cakap tepon
mak su:ok la,byeeeeeeeeeeee!!

aku ingatkan dia nak pass phone kat kakak dia,sekali dah tut
...tut...tut...la dah letak.

hahahahahhaa seperti yang dijangka!!!ohhhh jijah,hang memang sempoi!!!

pernah jugak aku call rumah hari tu,dia yang angkat

"helo...helo..sapa nie?helo..."

tak sempat nak jawab apa-apa,tepon dah bertukar tangan kat mama aku.lain kali jangan angkat tepon ye jijah.pening orang nak jawab.nasib mak su yang call,kalau orang lain?kan masalah tu.

yang lagi best


excited mula-mula cakap ngan aku


"kenapa mak su tak balik?"



"mak su tak dak duit la"



"la pegi la bank,ambik duit...ehh mak su cakap dengan bibik ea,saya tak lara
t cakap lagi la"


aku sudah biasa dilayan sebegitu oleh si jijah.
dari dulu sampai sekarang memang belagak!!!
tunggu mak su balik ni,mak su gigit-gigit jijah!


aku bersama kak long,kakak(iffatul amani)and the very hot one
jijah!!!!(muka berlagak kan???)



imtiyazismail
26082010
11:00pm














"S"

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kawan-kawan,kita sudah menjejaki fatrah kedua di dalam bulan Ramadhan Karim ini,iaitu fatrah maghfirah(keampunan)dariNya.Bagaimana dengan fatrah pertama kita ya?serahkan segalanya kepada Yang Berkuasa,sesungguhnya Allah maha mengenali hambanya dan sungguh adil dalam penghisabannya.

tazkirah kali ini sangat simple tapi padat.

1-SYUKUR

jom sama-sama kita bersyukur kepada Allah kerana kita telah berjaya menghabiskan fatrah pertama ramadhan,dan kini sudah berada di fatrah kedua.sedar tak sedar,kini dah hampir 20 tahun aku dapat menikmati kemanisan ramadhan ini,begitu juga kawan-kawan.bersyukurlah dengan nikmat umur dan kekuatan yang Allah kurniakan kepada kita,dengan sentiasa bersujud kepadaNYa,melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

2-SABAR

banyakkan bersabar dalam bulan ramadhan ini.apa pon ujian yang diterima,sa
barkan saja.ingatlah ia salah satu kafarah dosa kita yang terdahulu.kalau imam tu baca panjang,sabar.kalau soq(sahur)terlepas,sabar juga.kalau iftar kita tak dapat nasi hadaramout,tak apa.nasi arab pon sedap juga.esok mana tahu kita dapat 2 nasi hadaramout.kan heaven tu.haaa tapi kalau dah sakit perut sangat-sangat tu,jangan dok buat pi sabar pulak,berterabur nanti satu hal pulak nak cuci.

3-SILATULRAHIM

time bulan ramadhan ini la masa paling sesuai untuk kita lebih mengenali dan lebih mendekati orang di sekeliling kita.kalau kat rumah tu,masa ini la satu family berkumpul makan ramai-ramai,solat berjemaah bersama-sama dan pelbagai lagi.tak sedap nak cerita lebih-lebih,nanti tak p
asal-pasal beli tiket balik malaysia.macam kita yang tinggal kat arma ni,lagi la.semua buat hal sendiri ja dalam bilik,kadang-kadang jiran sebelah pon tak kenal.tapi bila dah iftar sama-sama,terawih sama-sama,inilah peluang terbaik untuk sama-sama mengenali.

"eh bilik akak tingkat berapa.nombor berapa?jarang nampak akak kat sini"

"tu la.akak pon jarang nampak awak,akak bilik 205"

"oh yaka??berjiran rupanya kita akak oiiiii!!!"

haa kan bagus camtu,dapat juga tau siapa jiran kita.tapi teruk sangat kot kalau ada hal macam ni,sampai jiran sebelah pon tak kenal,nampak sangat tak rajin solat jemaah kat surau.

4-SEMUA

tiba-tiba semua pulak kan??sesat sebentar.izzah la nie bagi idea.bukan apa.nak bagi semua jadi 'S' kat depan.semua di sini bermaksud,bulan ramadhan ni,kita bukan berpuasa untuk tidak makan dan tidak minum sahaja bahkan SEMUA anggota badan kita perlulah berpuasa juga.

-jagalah mulut daripada membicarakan perkara yang dusta
-jagalah mata daripada melihat benda-benda yang mengotorkan hati
-jagalah telinga daripada mendengar alunan-alunan yang melalaikan
-jagalah tangan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
-jagalah kaki daripada terarah ke tempat yang dimurkai Allah
-dan yang paling penting,peliharalah hati kerana hatilah yang merajai segala
-galanya.

pendek kata,jagalah semua yang patot dijaga.semua dah besar-besar kan,boleh pikir sendiri yang mana baik,dan yang mana buruk (:


"bermuhasabahlah diri tentang yang terdahulu, bukan untuk satu penyesalan, tetapi untuk satu pengislahan pada hari kemudian"





imtiyazismail
24082010
07:08am

paaaaanjang

malam itu aku dan izzah memilih untuk berterawih di sebuah masjid berdekatan ARMA
walaupon dekat,aku tak pernah menjejakkan kaki ke masjid itu,apatah lagi izzah.
tapi,aku selalu ja lalu di hadapan masjid itu,Ar Rahman Ar Rahim namanya.
Namanya seindah rupa,memang segak,tambah-tambah time malam.
lampu lip lap lip lap,boleh nampak dari jauh,sehinggakan kak sop bercita-cita n
ak menikah di masjid ini.
aku aminkan saja permintaan dia itu.

kami bertolak selepas maghrib,takot sesak katanya.
kami akhawat seramai 7 orang bersama 2 orang mushrif(ustaz pengiring)
agak sardin juga aku dalam teksi,yela kami berusaha menyumbat-nyumbat 4 orang di belakang.
nasib baik tingkap ditutup,kalau tak memang sah kepala aku kat luar.
tak mengapa,inilah mujahadah.
hanya seorang sahaja yang pernah datang ke masjid ini,yang lain tiada pengalaman.
yang pernah datang bercerita itu dan ini,aku hanya mampu ternganga melihat keindahan masjid ini,masyaAllah kagum!sungguh cantik.
Orang memang ramai time tu,berpusu-pusu masuk ke dewan solat.kami pon tumpang sekaki bersesak-sesak bersama mereka.yela,lambat nanti tak ada tempat pula.

Masuk ja dalam dewan solat,bertambah-tambah ternganga kami di situ.
Sangat cantik hiasannya.seni ukiran tak payah cakap la.Dah macam istana pon ada.
Kami semakin excited,tak sabar nak solat dah nie.
Kami dapat rasakan hanya kami yang berbangsa Melayu di situ,yang lain semuanya Arab.pedulikan!dah nama pon negara arab.

Kami solat insyak dahulu.Masyaallah imamnya pon,sedap sangat bacaannya,terleka sebentar,tapi agak panjang ayat yang dibacanya bagi setiap rakaat.Lenguh jugak kaki ini.akhirnya selesai juga.
Bermulalah episod solat terawih kami di situ.agak jahat aku apabila aku dah berdoa-doa hembus-hembus sikit kiri kanan supaya jangan baca ayat panjang macam tadi.A
ku bukan apa,takot tup tup dah tergolek-golek kat atas lantai dek terlena.kan buat malu tu.

Rakaat pertama.sah!memang sah!Allah memang tak makbulkan doa yang tak elok.
panjangnya baca!!eh bukan baca,hafaz!!hebat kan??izzah cakap dia baca 1 maqra` lebih bagi satu rakaat,dengan lagunya,ohhh memang lama.rakaat pertama dan kedua aku behave lagi.
cuba untuk menghayati.
Bagi je salam.aku dan izzah saling berpandangan,dua-dua tersenyum.

" panjang nohhhh dia baca..." aku berkata kepada izzah.kami tersenyum,tak mampu berkata-kata lagi.

kami meneruskan solat kami.kami kena kuat!orang lain boleh!!kan dengar ayat-aya
t suci al-quran tu bagus untuk hati.

Bila dah masuk rakaat ketiga,aku dah hilang fokus.ketika imam sedang mengalunkan ayat suci al-quran,mata aku dah melilau merata-rata,seperti orang sakit perut mencari tandas tak jumpa-jumpa.nak pejam mata,takut jatuh tergolek pulak,kang mati terkejut pulak mak cik sebelah tengok aku terbaring depan dia.nak menghayati ayat tersebut,aku memang tak paham.setakat allazi hua huma hom aku tau la maksud dia,yang lain,hampeh!time tu la aku terasa betapa sedih dan ruginya diri ini tidak dapat nak memahami ayat al-quran.ohhhh sungguh rugi,padahal belajar kat mesir.come on imtiyaz.tak apa,aku akan cuba,aku tengah ambil kelas bahasa arab sekarang.kadang-kadang aku tersedar,aku kembalikan fokus aku,kembali tunduk,dan cuba menghayati,sekali sekal
i tersasar juga pandangan aku.orang Arab bagus,dah la quran tu bahasa mereka,pastu time imam tengah baca,mereka memegang al-quran kecil di tangan dan membaca secara perlahan bersama imam,baru la tak hilang fokus macam aku.nanti nak buat macam tu jugak la.

Dah selesai 4 rakaat,tibalah pula sesi tazkirah.aku sudah tersandar kat izzah.akhirnya dapat juga berehat.time ni orang arab berpusu-pusu memberi makanan kepada para jemaah.ada kasi kurma,ada kasi coklat,macam-macam la.aku ambil semua yang orang kasi.rezeki jangan ditolak.tiba-tiba aku runsing kembali,tazkirahnya dalam bahasa arab,mana nak paham.aku dan izzah tercengang.kami buat-buat dengar,padahal dalam hati " mondo lak aiiii imam ni cakap "
orang gelak,kami pon gelak,gelak lagi kuat daripada orang yang paham.kantoi la k
alau tak gelak,nampak sangat kami tak faham,so gelak jela besar-besar.

Sudah je tazkirah,kami solat kembali.Aku seperti biasa,cuba untuk fokus.tapi selalunya aku kecundang.nak ja aku kira berapa banyak bunga yang ada kat selendang orang depan aku time imam tengah asyik mengalunkan bacaan,tapi teruk sangat tu.Allah memerhati kamu imtiyaz.tapi serius tak tahan pandang bawah je,macam dah nak juling mata,kaki pulak dah senget-senget berdiri.teruk kan perangai?ish ish memalukan ja.tiba satu masa,imam tu sangat feeling.dia baca satu ayat tu sampai menangis.aku dalam hati,"ayat apa plak nie.aku tak paham la!!!wuaaaa nak teriak jugak,tapi nak teriak pasai apa?satu pon tak paham =( "
tengah time imam dok feeling nangis-nangis tu,tiba-tiba je......

"pooooong!!!!" fuh mau jatuh berciciran jantung aku.

apa yang telah berlaku ni?oh takot!takot!
tiba-tiba saja gelap.blackout pulak dah!suara imam pon dah tak kedengaran lagi.
yang kedengaran hanyalah suara kanak-kanak kecil memanggil-manggil ibu mereka

"mama....mama"

tapi memang bagus betul budak-budak ni,tak ada pula yang menangis.kalau aku la,dah meraung melalak dah,yela mana tau ada hantu kat sebelah,kan cuak tu.
aku hanya mampu terdiam,berdoa untuk lampu bercahaya kembali,namun aku hampa.
aku dah mula kedengaran suara orang berkata-kata.


"iftahilbab" (tolong buka pintu)

mungkin untuk mendapatkan pencahayaan.aku masih berdiri tegak,dengan dua tangan masih tergenggam erat di pinggang.dark adaptation aku mula berkesan.waauuuu!!!semua orang pon masih sama.berdiri dengan tegak tanpa berlari lintang-pukang.kalau kat malaysia ni aku rasa dah bertaburan.akhirnya,aku mengambil keputusan meneruskan solat,dengan
niat keluar dari imam dan meneruskan solat yang hanya berbaki 1 rakaat.begitu juga orang lain.aku sangat terharu dengan keadaan ini,tiada yang gelabah.banyak betul dugaan pada hari ini.

kami bertekad untuk solat witir di rumah sahaja.kami pon keluar dari dewan solat.dah satu hal pulak nak cari kasut kat mana.kami tercari-cari kasut kami di dalam gelap seperti mencari orang negro di tengah malam.susah kan?dahla kami ni seorang pon tak bawa handphone,kalau tak boleh jugak buat guna jadi sumber pencahayaan.tapi yang terharunya,tengah tertunduk-tunduk cari kasut tu,ramai yang baik hati datang tolong suluhkan kami yang macam orang buta nie menggunakan handphone mereka.alfun syukr aku ucapkan.dengan jasa baik mereka,berkasut juga kami pulang ke arma.

di luar,kami menunggu kehadiran mushrif tapi tak muncul-muncul juga.dah balik ke apa?tiba-tiba sayup kedengaran orang ramai mengaminkan doa qunud di dalam masjid.akak-ak
ak nie cakap,masjid nie dari hari pertama sudah membaca doa qunud.

"doa qunud sini panjaaang,rugi kita tak sempat nak dengar dan aminkan" kata kak aina.

waaa yeke?dengar orang ramai tengah aminkan doa pon,aku jadi bersemangat juga nak ikut,tapi apakan daya,tak dengar suara imam.aku redho.pastu aku terfikir,wah kat masjid nie semua panjang kan.aku gelak sendirian.akhirnya,ketemu juga kami dengan mushrif dan kami
pulang ke arma dengan kudrat berjalan kaki.sampai je arma ternganga-nganga kami semua kepenatan.terasa hari ini hari yang sangat panjang,tapi penuh dengan pengalaman-pengalaman manis.semoga berjumpa lagi!!=)

p/s:entry kali ini pon panjaaaaang juga...
p/s/s:kak sop!!aku setuju hang kawin kat sini.insyaallah perkahwinan hang berpaaanjangan =)





imtiyazismail

21082010
05:06am


Tazkirah 6...sabar

" Sabar mampu mendidik jiwa agar menjadi orang yang bertaqwa "

Apabila kita bersabar dengan setiap apa yang berlaku,insyaallah jiwa akan menjadi tenang.
Telah dikatakan bahawa :

" sabar itu adalah ketika rempuhan pertama"

apakah maksud ayat ini?

apabila sesuatu yang buruk berlaku,kita terus terima dengan redho,tanpa menyoal itu dan ini.tidak memaki hamun,sumpah serapah dan pelbagai lagi...itulah namanya sabar.
bukan apabila dah berlaku,dah marah-marah cukup sebakul,baru nak cool down,ohhh itu bukan sabar namanya.itu kurang sabar.


"Apabila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu..Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun....Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..."


imtiyazismail
16082010
03:42pm

dedikasi dari sini

aku ada 3 orang kakak,campur seorang kakak ipar,semuanya 4 lah jadinya
simple math.
tapi aku paling rapat dengan kakak yang seorang ini
aku dengan dia berbeza 3 tahun sahaja
tapi dia nampak jauh lebih tua dari umurnya
biasa la,perempuan.banyak sangat fikir hal dunia

disebabkan umur kami yang kurang berbeza itu,

kitaran hidup kami tiada banyak bezanya.
bila dia main-main ngan kawan-kawan dia,aku mesti nak join punya
tapi aku sentiasa dihalau sebab aku bukan lahir tahun 1987
tapi aku tidak putus asa,setiap kali aku dihalau
aku akan berlari-lari pulang ke rumah sambil merajuk
akan aku mengacum(mengadu) kepada mama dengan niat nak membalas dendam.
padan muka hang wahai kak!!(aku berkata sendirian)
tapi selalunya mama buat dek ja.aku sahaja syok sendiri

bila sekolah pula

dia di sekolah kebangsaan langgar,aku juniornya
dia di maktab mahmud,aku juniornya.
tapi aku junior yang baik,aku tak buat perangai macam abang aku
bila abang terberak dalam seluar,dia pergi cari kak iman di kelasnya.
tak ke malu kak iman.

bagi mengelakkan ketidak adilan antara kami berdua,
selalunya kebanyakan baju kami adalah serupa.
tapi masa kecil-kecil rebena la,besar-besar nak buat apa,kami bukan group boria.
so bila raya menjelang tiba,baju mesti sama
corak sama,warna pon sama

budak kecil,kesah apa kan.
tak percaya,ini salah satu buktinya.


saya sangat comel!


tapi aku tak sama dengan dia.
dia kuat berangan.
dia kuat senyum juga,dah macam kerang busuk juga aku tengok.
sehinggakan ada ustaz di sekolah hairan dan berkata sebegini kepada baba

" anak ustat tu time dok jawab periksa ana tengok direct dok senyum ja
...menulis pon dok senyum"
by ust pian

tak ke haru??
tidak mengapa,itulah tuah nama.
disebabkan hal inilah,aku sentiasa dikatakan sebagai kakak dan dia dikatakan sebagai adik.
Ada satu masa ketika kami di rumah kenduri,mama menyuruh kawannya meneka siapakah kakak,siapakah adik antara aku dan kakakku.
Mak cik tu dengan senang senang hati menunjuk ke arah ku dan berkata akulah kakak!
Aku sempat menjeling tajam ke arah kakakku,dia senyum puas.
Selepas itu dalam diam dia berkata kepadaku


"Time mak cik tu dok nak teka tadi,aku hadiah senyuman kat dia.sebab tu aku nmpk muda"

Aku hanya diam tanpa bicara.dalam hati siapa yang tahu.ngokngek!!

kak,ingatkah anda peristiwa ini?? =))

Tapi sekarang,kami dah jarang-jarang sekali bersama.

Kami terpisah antara dua benua.
Dia di benua australia.aku di benua afrika.
Kami hanya berhubung melalui yahoo messenger.
Itu pon kalau leptop dia tidak jam macam kuala lumpur.

Dia sekarang sudah berpura-pura dewasa.
Sudah menjadi tunangan orang.
Sudah mahu meninggalkan aku di alam bujang keseorangan.
Apakan daya,dah sampai seru.
Lepas ini tak boleh lagi dah nak hu ha hu ha dengan hang kak.

Dah nak jadi bini orang.sobsob.
Lepas ini kawan sepermainan aku hanyalah seperti jijah,ismah,hana,dan seangkatan dengannya.
Tidak mengapa kak,akan ku cuba untuk mengikut jejak langkahmu.
Tunggu aku!!=) ngeng

ok,apa yang aku merepek nie.
saja ja kak nak bagi hang imbau kembali kenangan kita.
susah hidup kita dulu sama-sama naik bas mara
beli kentang kat depan kedah shopping centre
dan bermacam-macam lagi.

Tapi apa motif sebenarnya nie???
satu ja,aku nak ucapkan


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 CIK IBTISAM ISMAIL!!


hahahah gila kan aku dok bwat karangan malam-malam posa ini
maklumla dh lama xbuat karangan

to my dearest sis cik ibtisam.
ni besday last hg sbgai kakak aku yg single

bak kata arep,last bufday sbgai miss ibtisam
tak sabaq arep nie pon.
lepas nie hang anak bederet dah.mana dan nak baca blog aku haahaah
semoga dengan pertambahan umur ini seiring dgn pertambahan ilmu,amal,dan taqwa
dh besday hg dlm bulan posa,so no cake!!hhehe
semoga berbahagia dengan orang tersayang,jadikanlah keluarga anda " usrah saidah "
aku doakan hang sentiasa berada di bawah rahmat Allah,panjang umur dan murah rezeki.
aku sayang hang kak!!!!!!!!!!!!!!
ok bye!



hadiah bufday dari aku di bumi mesir =))


p/s:sori kalau aku banyak merepek,bak kata bakal adik ipaq hang,kuat makan belacan!!hhahaha


imtiyazismail
16082010
12:01 am

Tazkirah 5 ...oh hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah malam ini banyak membicarakan tentang hati.

Pentazkirah malam ini memulakan bicara dengan satu soalan cepu emas yang sangat terkesan kepada para pendengar.

" mengapa kita jarang menangis sekarang......??"


" Yela dulu kecik-kecik memangla selalu nangis sebab kawan tadika suka curi pensil aku,haishhh tau la pensil aku ada gambar doraemon pon??!!tak payahla jeles...hmmmm.."
ok ini jawapan tak bertamadun aku.sila abaikan.

Kawan-kawan,berbalik kepada soalan tadi,nangis ni bukan nangis time layan cerita titanic u jump i jump tu tau,ini nangis apabila kita muhasabah balik diri kita,dosa-dosa yang pernah kita buat,pendek kata perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah.
Mengapa kita senang sangat nangis bila layan Autumn in My Heart tapi susah gila nak nangis apabila ingatkan Allah.Itupun kalau kita ingatkan Allah la.

Tepuk dada,tanyalah iman masing-masing ya.

Nasib pentazkirah malam ni tak tanya jawapan sorang-sorang,mesti gelabah beruk afrika aku jadinya nak menjawab soalan itu sebab aku pon sama sahaja,time layan Kuch-kuch hota hai lakonan shah rukh khan dan kajol tu senang gila nangis,tapi time muhasabah tak keluar pula air mata ini.Astaghfirullahalazim.....tapi betul jugak,kenapa ya?

Jawapan pentazkirah sangat senang tapi perghhhhh sungguh lain macam terasa panasnya.
" Sentiasalah ingat mati "

Bila kita ingat mati,secara automatiknya kita akan berhenti berfikir kelazatan hidup kita di dunia ini dan mula memikirkan alam selepasnya.Semua ini dapat membuatkan kita bersedia untuk menghadapi alam akhirat dengan menambahkan amal ibadat kita kepada Allah.
" Eh tapi apa kena mengena menangis dengan ingat mati??"

Seperti yang dah dikatakan tadi,apabila kita mati,segala kelazatan di dunia ini akan terhenti dan perjalanan akan diteruskan untuk bertemu Allah hanya dengan amalan kita ketika di dunia.Tak ada lagi dah bodyguard nak tolong iring.
" Apa itu kelazatan dunia??"

Harta kekayaan,keluarga kita,suami,isteri,anak-anak,duit berjuta-juta lemon dan pelbagai lagi yang
menjadikan hidup kita di dunia ini sangat menyeronokkan.

Kawan-kawan sedih tak kalau duit kawan-kawan kena curi?sedih kan.bila sedih mesti kita menangis,betol tak?

Macam itulah ibaratnya apabila kita ingat mati,kita akan sentiasa ingatkan Allah dan akan sentiasa bermuhasabah dan bersedih atas segala kejahatan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Semoga dengan air mata itulah dapat kita mendekatkan diri kepada Allah Taala.Amin =)





imtiyazismail
15082010
12:04am


Tazkirah 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Bilangan saf pada mlm ini agak berkurang,mungkin ramai yg ingin merasai suasana solat terawih di tempat lain.

Tazkirah malam ini pendek sahaja.

" اهدنا الصراط المستقيم " surah Al-Fatihah ayat 6
(tunjukkanlah kami jalan yang lurus)

lurus iaitu jalan hidup yg benar yg dpt memberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan taufiq dan hidayahNya untuk kita sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah.



comelnya dia..moga kita sebegini comel di sisi Allah



imtiyazismail
14082010
12:50am



Tazkirah 3

tazkirah malam ini agak grand
disampaikan oleh Encik Zulkifli,pegawai JPMK
tp kejap je,sbb beliau ckp beliau tak tido sejak pagi lg,agak kepenatan bunyinya di situ.

Pada awal kalamnya,beliau menyeru kita semua agar bersyukur,bukan bersyukur ckit2 tetapi sepenuh-penuh syukur.
kenapa agaknya??

1)Allah kurniakan umur yang pnjg kepada kita untuk bertemu dgn Ramadhan,bulan penuh keberkatan yg sentiasa dinanti-nanti oleh Rasullulah dan para sahabat.Sesungguhnya kita ha
mba Allah yg beruntung.
Kita juga patot sgt bersyukur kerana kita skrg dpt mnjalani ibadah puasa dalam keadaan yg aman dan damai.Cuba bygkan rakan-rakan kita yg berada di Pakistan dan China
sungguh berat ujian yg Allah berikan kepada mereka,semoga kesabaran sentiasa mengiringi mereka.


" Dengan beribadah di bulan Ramadhan,kita dapat menunjukkan
rasa kesyukuran kita kepada Allah "



2)bulan Ramadhan ini tidak diwajibkan berpuasa makan dan minum sahaja,kita juga dituntut untuk menjaga pandangan mata dan juga menjaga percakapan kita.

*mnjga pandangan mata

-daripada kita tgok movie yg lagha2 tu baik kita baca quran kan.memandang benda yg halal di sisi Allah itu lebih baik dan ada ganjarannya.


*mnjga percakapan


-berkatalah perkara yg berfaedah dan tidak menyakitkan hati orang lain.


" sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh "





p/s:kawan2 semua..maafkan aku ea kalau selama nie ada yg terasa di hati...=)




imtiyazismail

12082010

11:40pm

Tazkirah 2

Tazkirah malam ini agak ringkas tp padat dgn info.

1-Kawan-kawan tahu tak bila puasa disyariatkan?
xtahu??ish2...
aku pon xtau jugak sebenarnya
bukan xtahu,dah x ingt belajar tarikh islam muda2 dulu

Puasa telah disyariatkan pada 2 Hijrah.
pada 2 Hijrah juga disyariatkan perang iaitu Perang Badar.
kalau kita fikir balik kan,kenapa Allah syariatkan puasa bersama perang,pada tahun yg sama?

::sesungguhnya orang yang berpuasa ini mampu menahan dan melawan nafsunya.Jadi,segala jenis musuh yang datang kepadanya insyaallah tidak akan mendatangkan sebarang masalah ::


(sesungguhnya nafsu itu adalah musuh utama manusia)



2-Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.

Dijanjikan Allah sesungguhnya pada awal bulan Ramadhan adalah rahmah,pertengahannya adalah maghfirah(keampunan),dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Jom sama2 mngejar ketiga-tiganya ya!=)

3)Puasa ini juga salah satu penyumbang kepada 'kejayaan' kita sebagai hamba Allah

apa kejayaan kita sebagai hamba Allah ea?
dpt mumtaz setiap tahun?
dpt kerja best?gaji bepuluh ribu?
dpt bini santiiiikkk??
ohhh Allah tidak memandang semua itu imtiyaz.

::kejayaan hakiki itu apabila berjayanya kita melintasi titian Siratulmustaqim dan seterusnya melangkah ke syurga Allah::

masyaAllah tabarakallah...
semoga kita semua menjadi hamba Allah yang berjaya ameen=)




imtiyazismail
12082010
03:18am




Ramadhan pertama

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
dpt jugak aku merasa bulan Ramadhan pada tahun ini
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumya..ameen!

wahhhh first time nie aku berterawih,bersahur,berpuasa dan berbuka di bumi Mesir
makan free weh.....hadaramout lagi!!rugi sapa xdok arma hahah
aha
dan first time jugak aku menjalani semua ini tanpa keluarga di sisi
rasa dia mmg sgt lain macam.
yela,xpenah kot.


teringin pulak nk bercerita lainnya Ramadhan aku di sini dan di Malaysia

1)soq(sahur)

klau kt mlysia,mmg tido xsedar dunia laaa.maklumla penat beribadat mlm tu(hiperbola di situ)
bila dh time,mama dtg kejut

"yat,bgun soq" dgn mamai2 aku bgun,muka xpyh cakap la,dh mcm hantu cina kurang bedak
kdg2 ada jugak eksiden ngn pintu bilik,biasa la tu.
kat mesir,ha amek kau!!semua benda kena bwat sndiri,xde lg dh org nk kejut
xdak lg mknan tersedia kt ats meja..sila buat sendiri ya semua.alhamdulillah semua under control,
anak ma dh besar laaa!!

2)berbuka

kat mlysia,lpas asar ja mmg dh kena msok dpur.tlong mama apa yg ptot
mama aku nie suka sgt masak!yg parahnya aku la,penat nk melayanny
a.
ini nak masak,itu pon nk masak.kuih lg.ha mama aku x suka beli makanan luar.semua nk home-made
baru sedap katanya.kdg2 klu baba beli kuih kt bazar,ada jela komennya
"kuih nie x cukup santan" "org hat buat kuih ni malaih,besaq kuih dia,xs
egak",haa mcm2 la
comel kan mama aku!!apapon,masakan ma mmg terbaik!!
bila kat sini,tmbah2 kt arma plak,xgado buat apa.makanan free plak tu,alhamdulillah rezeki.
just rasa2 nak azan tu,trun lah ke surau.azan je trus ngappp.makanan dh depan mata.
mula la aku nk teringat rumah,nk tolong mama masak.......=(

3)solat terawih

kat malaysia,aku selalu terawih kt surau depan rumah aku.dekat
sgt!kalau tgh2 solat,sakit perut ke,mmg sng sgt la nak lari balik rumah.tahun lepas,stiap hari aku akan hntar dan ambil wan(datuk) aku yg hmpir berumur 100 tahun tu gi surau,nak solat terawih.wan aku nie mata dia dh xnampak,jln pon pkai tongkat,tp betapa smngtnya dia,tiap hari gi surau solat terawih,buat 20 rakaat lagi!!dgn smngt wan aku tu,aku pon bersmngt untuk men'20'kan solat terawih aku stiap mlm...alhamdulillah.lgpon kt surau rumah aku tu,mak cik2 kampung aku kecoh ckit klau org buat 8 sahaja,mesti depa pandang senget ja.macam aku nie dok mengorat anak teruna depa plak!haishhh relaks la macik2,bukan dosa pon.klau yg lebih berani bersuara,mereka akan tegur "ai yat,8 ja ka??"...senyum jela kan
nak ja aku jawab "a ah,8 ja..ada anak dok tunggu kat rumah" hahahhaah mcm berani..
tp bgos juga buat 20,bertambah2 la pahala.apapon yg pling penting ikhlaskan diri.
berbezanya solat terawih kt cnie,8 rakaat sahaja,tetapi di tengahnya diselangi dgn tazkirah!!!
waaaa i like!!excited gila aku dgn suasana baru nie.dhla surau arma ada aircond,solat 20 rakaat pon xpa camtu =))


juadah berbuka
balah,kurma dan kuih kataiyif(pancake-like)


nasi hadaramout dan nasi arab.pilih2 nak yg mana


"Ramadhan ini seperti madrasah(sekolah).Ia mampu mnjadi medan tarbiyah kepada diri kita untuk menjadi lebih baik seiring melahirkan hamba Allah yg bertaqwa"



imtiyazismail

12082010

02:07am

اهلا يا رمضان

Ahlan Ya Ramadhan...

Jom share tazkirah malam nie =)

1)Jangan dipersoal mengapa Allah menyuruh kita menahan lapar dan dahaga pada siang hari dan bersujud kepadaNya pada malam harinya...

"
tidaklah aku menjadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadat kepadaKu" ( surah Az-Zariyat ayat 56 )

jika kita ini mengaku sebagai hambaNya,maka jalankanlah suruhanNya,tidak perlu bersusah-payah bertanya itu dan ini kerana sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi lagi Maha Mengasihani dan cukup arif apa yg terbaik untuk kita sebagai hambaNya....

moga2 Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita insan yg bertaqwa..

" wahai orang-orang yang beriman!diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa "
( surah Al-Baqarah ayat 183 )



orang yg bertaqwa itu semua orang tahu
sungguh tinggi darjatnya di sisi Allah
Allah suka,Allah sayang,Allah rindu
best kan bunyinya??
alangkah bahagianya kalau kita org tu kan?
apa lagi,jom la kita berlumba2 menambahkan amalan kita di bulan yg mulia ini!!=)
kita tampal balik kekurangan yg kita buat selama ini insyaAllah
cuma kena kerja keras ckit la kan,tp ok ja kan
nak dptkan kasih syg Allah,kena la berkorban ckit

moga2 kita tergolong dlm golongan org yg BERTAQWA...amin ya Rabb!


jom kita khatam quran dlm bulan Ramadhan nie,xbnyk kali pon,sekali jadila


p/s:izzah!kita nak soq(sahuq)apa nie??



imtiyazismail

11082010
02:15am

Always be There


tiba2 terdetik kt hati ini nak klik kt youtube maher zain the chosen one
alang2 tu buffer sekali for the rest of my life
best sgt ke lagu2 nie?aku berkata dlm hati
aku sebelum nie pernah dgar lagu dia yg tajuk inshaAllah tu je
tu pon sbb andi dtg bilik hari tu dia dok nyanyi inshaAllah...inshaAllah...
mmg x dinafikan,sedap lagu inshaAllah tu

ok!dah siap buffer
aku pon play for the rest of my life dulu
glamour lagu nie seketika dulu
tp aku xpenah ambil tahu pon
yela,hati ni tertarik ngan yg lagha2 ja
islamic2 nie xmow lyn lgsong
headset di telinga,aku start layan
aku terbuai seketika.........
masyaAllah tabarakallah mmg sedap!!
aku play yg lain2 lagi,waaaaaaaaa terharu
lirik semuanya meyentuh hati dan perasaan!!

Allah anugerahkan Maher Zain dgn nikmat suara yg sunnguh merdu
alhamdulillah dia menghargainya dgn cara yg betul...
sehingga mampu mnyentuh hati aku yg kontang ini
mlm tu juga aku download album dia....
kawan2 pon,jomla join =)
klau yg dh ada tu,best kan best kan?
jom jadi fan Maher Zain!!


Always be there...




p/s:kawan2 kt malaysia,jgn lpaskan peluang pegi tgok maher zain!!
=)


imtiyazismail
08082010
12:00am

perfect two

tadi hantar diba kat airport,dia nak balik negara dia.


selamat tinggal arma



kita org mmg mlas nk bwak kak sop pon pada awalnya,tp dia nk ikut juga,degil!
ha kan dh terkejut tgok airport,aku dh ckp kak sop,kt cnie bnyk kapal terbang



kak sop dh ok ckit,x tekejut sgt dah
-paan,dba,kak sop-


k.a.m.i


bersama izzah


sabar la kak sop,nanti kita balik ye



aku tau semua ini berat bg kau diba,jgnla nangis T.T



it`s time!!bubye adiba maimunah
kami hanya mampu memandang dari jauh
have a safe journey my dear roomate...



tadi balik,tengok selipar MU kau
...
aiyaaa what a feeling hahahahah
minum twist epal pon ingt kau

tgok laksa...lagi lahhhh!!

lg sedih bila dh xde org aku nk tolak2 time tido
xde lg org aku nk marah2 bila dia nk manja2 ngn aku
xde lg org nk biar pintu robok(almari) terbuka
nk gelak smua benda yg aku buat.

ohhh adiba maimunah
i`m gonna miss u!!
jgn lupa aku kat cnie...=)
ehh2 lupa,mereka ini juga rindu kau


mereka dtg bilik td,tnya auntie diba mana??sedih btol aku nk jwb...
yela,kau balik td depa tido kan...



sila rindu kami....jiran sebelah =)


bah!!
you are the best roomate that i ever have!!
thank you so much for everithing and forgive me for anything that hurting you since we met..
i love u so much....=)




imtiyazismail
05082010
12:08am