Tazkirah 5 ...oh hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah malam ini banyak membicarakan tentang hati.

Pentazkirah malam ini memulakan bicara dengan satu soalan cepu emas yang sangat terkesan kepada para pendengar.

" mengapa kita jarang menangis sekarang......??"


" Yela dulu kecik-kecik memangla selalu nangis sebab kawan tadika suka curi pensil aku,haishhh tau la pensil aku ada gambar doraemon pon??!!tak payahla jeles...hmmmm.."
ok ini jawapan tak bertamadun aku.sila abaikan.

Kawan-kawan,berbalik kepada soalan tadi,nangis ni bukan nangis time layan cerita titanic u jump i jump tu tau,ini nangis apabila kita muhasabah balik diri kita,dosa-dosa yang pernah kita buat,pendek kata perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah.
Mengapa kita senang sangat nangis bila layan Autumn in My Heart tapi susah gila nak nangis apabila ingatkan Allah.Itupun kalau kita ingatkan Allah la.

Tepuk dada,tanyalah iman masing-masing ya.

Nasib pentazkirah malam ni tak tanya jawapan sorang-sorang,mesti gelabah beruk afrika aku jadinya nak menjawab soalan itu sebab aku pon sama sahaja,time layan Kuch-kuch hota hai lakonan shah rukh khan dan kajol tu senang gila nangis,tapi time muhasabah tak keluar pula air mata ini.Astaghfirullahalazim.....tapi betul jugak,kenapa ya?

Jawapan pentazkirah sangat senang tapi perghhhhh sungguh lain macam terasa panasnya.
" Sentiasalah ingat mati "

Bila kita ingat mati,secara automatiknya kita akan berhenti berfikir kelazatan hidup kita di dunia ini dan mula memikirkan alam selepasnya.Semua ini dapat membuatkan kita bersedia untuk menghadapi alam akhirat dengan menambahkan amal ibadat kita kepada Allah.
" Eh tapi apa kena mengena menangis dengan ingat mati??"

Seperti yang dah dikatakan tadi,apabila kita mati,segala kelazatan di dunia ini akan terhenti dan perjalanan akan diteruskan untuk bertemu Allah hanya dengan amalan kita ketika di dunia.Tak ada lagi dah bodyguard nak tolong iring.
" Apa itu kelazatan dunia??"

Harta kekayaan,keluarga kita,suami,isteri,anak-anak,duit berjuta-juta lemon dan pelbagai lagi yang
menjadikan hidup kita di dunia ini sangat menyeronokkan.

Kawan-kawan sedih tak kalau duit kawan-kawan kena curi?sedih kan.bila sedih mesti kita menangis,betol tak?

Macam itulah ibaratnya apabila kita ingat mati,kita akan sentiasa ingatkan Allah dan akan sentiasa bermuhasabah dan bersedih atas segala kejahatan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Semoga dengan air mata itulah dapat kita mendekatkan diri kepada Allah Taala.Amin =)





imtiyazismail
15082010
12:04am


No comments: