paaaaanjang

malam itu aku dan izzah memilih untuk berterawih di sebuah masjid berdekatan ARMA
walaupon dekat,aku tak pernah menjejakkan kaki ke masjid itu,apatah lagi izzah.
tapi,aku selalu ja lalu di hadapan masjid itu,Ar Rahman Ar Rahim namanya.
Namanya seindah rupa,memang segak,tambah-tambah time malam.
lampu lip lap lip lap,boleh nampak dari jauh,sehinggakan kak sop bercita-cita n
ak menikah di masjid ini.
aku aminkan saja permintaan dia itu.

kami bertolak selepas maghrib,takot sesak katanya.
kami akhawat seramai 7 orang bersama 2 orang mushrif(ustaz pengiring)
agak sardin juga aku dalam teksi,yela kami berusaha menyumbat-nyumbat 4 orang di belakang.
nasib baik tingkap ditutup,kalau tak memang sah kepala aku kat luar.
tak mengapa,inilah mujahadah.
hanya seorang sahaja yang pernah datang ke masjid ini,yang lain tiada pengalaman.
yang pernah datang bercerita itu dan ini,aku hanya mampu ternganga melihat keindahan masjid ini,masyaAllah kagum!sungguh cantik.
Orang memang ramai time tu,berpusu-pusu masuk ke dewan solat.kami pon tumpang sekaki bersesak-sesak bersama mereka.yela,lambat nanti tak ada tempat pula.

Masuk ja dalam dewan solat,bertambah-tambah ternganga kami di situ.
Sangat cantik hiasannya.seni ukiran tak payah cakap la.Dah macam istana pon ada.
Kami semakin excited,tak sabar nak solat dah nie.
Kami dapat rasakan hanya kami yang berbangsa Melayu di situ,yang lain semuanya Arab.pedulikan!dah nama pon negara arab.

Kami solat insyak dahulu.Masyaallah imamnya pon,sedap sangat bacaannya,terleka sebentar,tapi agak panjang ayat yang dibacanya bagi setiap rakaat.Lenguh jugak kaki ini.akhirnya selesai juga.
Bermulalah episod solat terawih kami di situ.agak jahat aku apabila aku dah berdoa-doa hembus-hembus sikit kiri kanan supaya jangan baca ayat panjang macam tadi.A
ku bukan apa,takot tup tup dah tergolek-golek kat atas lantai dek terlena.kan buat malu tu.

Rakaat pertama.sah!memang sah!Allah memang tak makbulkan doa yang tak elok.
panjangnya baca!!eh bukan baca,hafaz!!hebat kan??izzah cakap dia baca 1 maqra` lebih bagi satu rakaat,dengan lagunya,ohhh memang lama.rakaat pertama dan kedua aku behave lagi.
cuba untuk menghayati.
Bagi je salam.aku dan izzah saling berpandangan,dua-dua tersenyum.

" panjang nohhhh dia baca..." aku berkata kepada izzah.kami tersenyum,tak mampu berkata-kata lagi.

kami meneruskan solat kami.kami kena kuat!orang lain boleh!!kan dengar ayat-aya
t suci al-quran tu bagus untuk hati.

Bila dah masuk rakaat ketiga,aku dah hilang fokus.ketika imam sedang mengalunkan ayat suci al-quran,mata aku dah melilau merata-rata,seperti orang sakit perut mencari tandas tak jumpa-jumpa.nak pejam mata,takut jatuh tergolek pulak,kang mati terkejut pulak mak cik sebelah tengok aku terbaring depan dia.nak menghayati ayat tersebut,aku memang tak paham.setakat allazi hua huma hom aku tau la maksud dia,yang lain,hampeh!time tu la aku terasa betapa sedih dan ruginya diri ini tidak dapat nak memahami ayat al-quran.ohhhh sungguh rugi,padahal belajar kat mesir.come on imtiyaz.tak apa,aku akan cuba,aku tengah ambil kelas bahasa arab sekarang.kadang-kadang aku tersedar,aku kembalikan fokus aku,kembali tunduk,dan cuba menghayati,sekali sekal
i tersasar juga pandangan aku.orang Arab bagus,dah la quran tu bahasa mereka,pastu time imam tengah baca,mereka memegang al-quran kecil di tangan dan membaca secara perlahan bersama imam,baru la tak hilang fokus macam aku.nanti nak buat macam tu jugak la.

Dah selesai 4 rakaat,tibalah pula sesi tazkirah.aku sudah tersandar kat izzah.akhirnya dapat juga berehat.time ni orang arab berpusu-pusu memberi makanan kepada para jemaah.ada kasi kurma,ada kasi coklat,macam-macam la.aku ambil semua yang orang kasi.rezeki jangan ditolak.tiba-tiba aku runsing kembali,tazkirahnya dalam bahasa arab,mana nak paham.aku dan izzah tercengang.kami buat-buat dengar,padahal dalam hati " mondo lak aiiii imam ni cakap "
orang gelak,kami pon gelak,gelak lagi kuat daripada orang yang paham.kantoi la k
alau tak gelak,nampak sangat kami tak faham,so gelak jela besar-besar.

Sudah je tazkirah,kami solat kembali.Aku seperti biasa,cuba untuk fokus.tapi selalunya aku kecundang.nak ja aku kira berapa banyak bunga yang ada kat selendang orang depan aku time imam tengah asyik mengalunkan bacaan,tapi teruk sangat tu.Allah memerhati kamu imtiyaz.tapi serius tak tahan pandang bawah je,macam dah nak juling mata,kaki pulak dah senget-senget berdiri.teruk kan perangai?ish ish memalukan ja.tiba satu masa,imam tu sangat feeling.dia baca satu ayat tu sampai menangis.aku dalam hati,"ayat apa plak nie.aku tak paham la!!!wuaaaa nak teriak jugak,tapi nak teriak pasai apa?satu pon tak paham =( "
tengah time imam dok feeling nangis-nangis tu,tiba-tiba je......

"pooooong!!!!" fuh mau jatuh berciciran jantung aku.

apa yang telah berlaku ni?oh takot!takot!
tiba-tiba saja gelap.blackout pulak dah!suara imam pon dah tak kedengaran lagi.
yang kedengaran hanyalah suara kanak-kanak kecil memanggil-manggil ibu mereka

"mama....mama"

tapi memang bagus betul budak-budak ni,tak ada pula yang menangis.kalau aku la,dah meraung melalak dah,yela mana tau ada hantu kat sebelah,kan cuak tu.
aku hanya mampu terdiam,berdoa untuk lampu bercahaya kembali,namun aku hampa.
aku dah mula kedengaran suara orang berkata-kata.


"iftahilbab" (tolong buka pintu)

mungkin untuk mendapatkan pencahayaan.aku masih berdiri tegak,dengan dua tangan masih tergenggam erat di pinggang.dark adaptation aku mula berkesan.waauuuu!!!semua orang pon masih sama.berdiri dengan tegak tanpa berlari lintang-pukang.kalau kat malaysia ni aku rasa dah bertaburan.akhirnya,aku mengambil keputusan meneruskan solat,dengan
niat keluar dari imam dan meneruskan solat yang hanya berbaki 1 rakaat.begitu juga orang lain.aku sangat terharu dengan keadaan ini,tiada yang gelabah.banyak betul dugaan pada hari ini.

kami bertekad untuk solat witir di rumah sahaja.kami pon keluar dari dewan solat.dah satu hal pulak nak cari kasut kat mana.kami tercari-cari kasut kami di dalam gelap seperti mencari orang negro di tengah malam.susah kan?dahla kami ni seorang pon tak bawa handphone,kalau tak boleh jugak buat guna jadi sumber pencahayaan.tapi yang terharunya,tengah tertunduk-tunduk cari kasut tu,ramai yang baik hati datang tolong suluhkan kami yang macam orang buta nie menggunakan handphone mereka.alfun syukr aku ucapkan.dengan jasa baik mereka,berkasut juga kami pulang ke arma.

di luar,kami menunggu kehadiran mushrif tapi tak muncul-muncul juga.dah balik ke apa?tiba-tiba sayup kedengaran orang ramai mengaminkan doa qunud di dalam masjid.akak-ak
ak nie cakap,masjid nie dari hari pertama sudah membaca doa qunud.

"doa qunud sini panjaaang,rugi kita tak sempat nak dengar dan aminkan" kata kak aina.

waaa yeke?dengar orang ramai tengah aminkan doa pon,aku jadi bersemangat juga nak ikut,tapi apakan daya,tak dengar suara imam.aku redho.pastu aku terfikir,wah kat masjid nie semua panjang kan.aku gelak sendirian.akhirnya,ketemu juga kami dengan mushrif dan kami
pulang ke arma dengan kudrat berjalan kaki.sampai je arma ternganga-nganga kami semua kepenatan.terasa hari ini hari yang sangat panjang,tapi penuh dengan pengalaman-pengalaman manis.semoga berjumpa lagi!!=)

p/s:entry kali ini pon panjaaaaang juga...
p/s/s:kak sop!!aku setuju hang kawin kat sini.insyaallah perkahwinan hang berpaaanjangan =)





imtiyazismail

21082010
05:06am


3 comments:

Unknown said...

wah..........yat!!!
pengalaman yg bgus sekali tue..
pasni cm ne,ble lg nk gi msjid arrahman nie..hehe..

afifah said...

yat,,fah pown penah smyg traweh kt msjid sni..
kluaq curi2 tyme 1st yr dlu sbb kt cni akhwat xleh smyg trweh kt msjid..
mmg pannjangggg n lamaaaaaaaa..
dh la rmy org,,kmi smua yg p kna smyg kt luaq msjid,kt hadiqah dy..
sbb lma sgt,kmi smua smyg 4 rkaat ja..tyme tazkirah lri blik umh,sbb dh xthn..huhu
tr0k2..ish3,,apala fah~

imtiyazismail said...

to puteri:hahhha macam2 pengalaman ramadhan ni.ermm bila plak ea?insyaallah tapi kena bina stamina dulu la eheheh
to fah:hahaha yeay!!ada geng....kan?lama kan?xphm plak tu..dh la zahmah...aiyaaa...tapi tu yg best bila pkir blik kan..pengalaman heheh xsemua org ada