"S"

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kawan-kawan,kita sudah menjejaki fatrah kedua di dalam bulan Ramadhan Karim ini,iaitu fatrah maghfirah(keampunan)dariNya.Bagaimana dengan fatrah pertama kita ya?serahkan segalanya kepada Yang Berkuasa,sesungguhnya Allah maha mengenali hambanya dan sungguh adil dalam penghisabannya.

tazkirah kali ini sangat simple tapi padat.

1-SYUKUR

jom sama-sama kita bersyukur kepada Allah kerana kita telah berjaya menghabiskan fatrah pertama ramadhan,dan kini sudah berada di fatrah kedua.sedar tak sedar,kini dah hampir 20 tahun aku dapat menikmati kemanisan ramadhan ini,begitu juga kawan-kawan.bersyukurlah dengan nikmat umur dan kekuatan yang Allah kurniakan kepada kita,dengan sentiasa bersujud kepadaNYa,melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

2-SABAR

banyakkan bersabar dalam bulan ramadhan ini.apa pon ujian yang diterima,sa
barkan saja.ingatlah ia salah satu kafarah dosa kita yang terdahulu.kalau imam tu baca panjang,sabar.kalau soq(sahur)terlepas,sabar juga.kalau iftar kita tak dapat nasi hadaramout,tak apa.nasi arab pon sedap juga.esok mana tahu kita dapat 2 nasi hadaramout.kan heaven tu.haaa tapi kalau dah sakit perut sangat-sangat tu,jangan dok buat pi sabar pulak,berterabur nanti satu hal pulak nak cuci.

3-SILATULRAHIM

time bulan ramadhan ini la masa paling sesuai untuk kita lebih mengenali dan lebih mendekati orang di sekeliling kita.kalau kat rumah tu,masa ini la satu family berkumpul makan ramai-ramai,solat berjemaah bersama-sama dan pelbagai lagi.tak sedap nak cerita lebih-lebih,nanti tak p
asal-pasal beli tiket balik malaysia.macam kita yang tinggal kat arma ni,lagi la.semua buat hal sendiri ja dalam bilik,kadang-kadang jiran sebelah pon tak kenal.tapi bila dah iftar sama-sama,terawih sama-sama,inilah peluang terbaik untuk sama-sama mengenali.

"eh bilik akak tingkat berapa.nombor berapa?jarang nampak akak kat sini"

"tu la.akak pon jarang nampak awak,akak bilik 205"

"oh yaka??berjiran rupanya kita akak oiiiii!!!"

haa kan bagus camtu,dapat juga tau siapa jiran kita.tapi teruk sangat kot kalau ada hal macam ni,sampai jiran sebelah pon tak kenal,nampak sangat tak rajin solat jemaah kat surau.

4-SEMUA

tiba-tiba semua pulak kan??sesat sebentar.izzah la nie bagi idea.bukan apa.nak bagi semua jadi 'S' kat depan.semua di sini bermaksud,bulan ramadhan ni,kita bukan berpuasa untuk tidak makan dan tidak minum sahaja bahkan SEMUA anggota badan kita perlulah berpuasa juga.

-jagalah mulut daripada membicarakan perkara yang dusta
-jagalah mata daripada melihat benda-benda yang mengotorkan hati
-jagalah telinga daripada mendengar alunan-alunan yang melalaikan
-jagalah tangan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
-jagalah kaki daripada terarah ke tempat yang dimurkai Allah
-dan yang paling penting,peliharalah hati kerana hatilah yang merajai segala
-galanya.

pendek kata,jagalah semua yang patot dijaga.semua dah besar-besar kan,boleh pikir sendiri yang mana baik,dan yang mana buruk (:


"bermuhasabahlah diri tentang yang terdahulu, bukan untuk satu penyesalan, tetapi untuk satu pengislahan pada hari kemudian"





imtiyazismail
24082010
07:08am

No comments: