dedikasi dari sini

aku ada 3 orang kakak,campur seorang kakak ipar,semuanya 4 lah jadinya
simple math.
tapi aku paling rapat dengan kakak yang seorang ini
aku dengan dia berbeza 3 tahun sahaja
tapi dia nampak jauh lebih tua dari umurnya
biasa la,perempuan.banyak sangat fikir hal dunia

disebabkan umur kami yang kurang berbeza itu,

kitaran hidup kami tiada banyak bezanya.
bila dia main-main ngan kawan-kawan dia,aku mesti nak join punya
tapi aku sentiasa dihalau sebab aku bukan lahir tahun 1987
tapi aku tidak putus asa,setiap kali aku dihalau
aku akan berlari-lari pulang ke rumah sambil merajuk
akan aku mengacum(mengadu) kepada mama dengan niat nak membalas dendam.
padan muka hang wahai kak!!(aku berkata sendirian)
tapi selalunya mama buat dek ja.aku sahaja syok sendiri

bila sekolah pula

dia di sekolah kebangsaan langgar,aku juniornya
dia di maktab mahmud,aku juniornya.
tapi aku junior yang baik,aku tak buat perangai macam abang aku
bila abang terberak dalam seluar,dia pergi cari kak iman di kelasnya.
tak ke malu kak iman.

bagi mengelakkan ketidak adilan antara kami berdua,
selalunya kebanyakan baju kami adalah serupa.
tapi masa kecil-kecil rebena la,besar-besar nak buat apa,kami bukan group boria.
so bila raya menjelang tiba,baju mesti sama
corak sama,warna pon sama

budak kecil,kesah apa kan.
tak percaya,ini salah satu buktinya.


saya sangat comel!


tapi aku tak sama dengan dia.
dia kuat berangan.
dia kuat senyum juga,dah macam kerang busuk juga aku tengok.
sehinggakan ada ustaz di sekolah hairan dan berkata sebegini kepada baba

" anak ustat tu time dok jawab periksa ana tengok direct dok senyum ja
...menulis pon dok senyum"
by ust pian

tak ke haru??
tidak mengapa,itulah tuah nama.
disebabkan hal inilah,aku sentiasa dikatakan sebagai kakak dan dia dikatakan sebagai adik.
Ada satu masa ketika kami di rumah kenduri,mama menyuruh kawannya meneka siapakah kakak,siapakah adik antara aku dan kakakku.
Mak cik tu dengan senang senang hati menunjuk ke arah ku dan berkata akulah kakak!
Aku sempat menjeling tajam ke arah kakakku,dia senyum puas.
Selepas itu dalam diam dia berkata kepadaku


"Time mak cik tu dok nak teka tadi,aku hadiah senyuman kat dia.sebab tu aku nmpk muda"

Aku hanya diam tanpa bicara.dalam hati siapa yang tahu.ngokngek!!

kak,ingatkah anda peristiwa ini?? =))

Tapi sekarang,kami dah jarang-jarang sekali bersama.

Kami terpisah antara dua benua.
Dia di benua australia.aku di benua afrika.
Kami hanya berhubung melalui yahoo messenger.
Itu pon kalau leptop dia tidak jam macam kuala lumpur.

Dia sekarang sudah berpura-pura dewasa.
Sudah menjadi tunangan orang.
Sudah mahu meninggalkan aku di alam bujang keseorangan.
Apakan daya,dah sampai seru.
Lepas ini tak boleh lagi dah nak hu ha hu ha dengan hang kak.

Dah nak jadi bini orang.sobsob.
Lepas ini kawan sepermainan aku hanyalah seperti jijah,ismah,hana,dan seangkatan dengannya.
Tidak mengapa kak,akan ku cuba untuk mengikut jejak langkahmu.
Tunggu aku!!=) ngeng

ok,apa yang aku merepek nie.
saja ja kak nak bagi hang imbau kembali kenangan kita.
susah hidup kita dulu sama-sama naik bas mara
beli kentang kat depan kedah shopping centre
dan bermacam-macam lagi.

Tapi apa motif sebenarnya nie???
satu ja,aku nak ucapkan


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 CIK IBTISAM ISMAIL!!


hahahah gila kan aku dok bwat karangan malam-malam posa ini
maklumla dh lama xbuat karangan

to my dearest sis cik ibtisam.
ni besday last hg sbgai kakak aku yg single

bak kata arep,last bufday sbgai miss ibtisam
tak sabaq arep nie pon.
lepas nie hang anak bederet dah.mana dan nak baca blog aku haahaah
semoga dengan pertambahan umur ini seiring dgn pertambahan ilmu,amal,dan taqwa
dh besday hg dlm bulan posa,so no cake!!hhehe
semoga berbahagia dengan orang tersayang,jadikanlah keluarga anda " usrah saidah "
aku doakan hang sentiasa berada di bawah rahmat Allah,panjang umur dan murah rezeki.
aku sayang hang kak!!!!!!!!!!!!!!
ok bye!



hadiah bufday dari aku di bumi mesir =))


p/s:sori kalau aku banyak merepek,bak kata bakal adik ipaq hang,kuat makan belacan!!hhahaha


imtiyazismail
16082010
12:01 am

2 comments:

tsam_ismail said...

ahahahahaha bdowwww nih.ciss hadiah enty kat aku tp nak kutuk aku.weyy mana ad aku nmpak tua.muda laa..sllau ja org teka belasan tahun.aiceh.ahhaha

mana bleh lupa prstiwa knduri umah diana tu.balik teriak kat mama hang tu.kah3 lawak.nak wat cmna,hang tu masalh byk,muak tua.hahahahahahha

hat ustaz pian tu,dia ka kata,aku ingt ust zaini.haha.ckgu pah pngey aku kerang busuk n kak sam.haha

ala wey,anak rmai pn xpa mama dia cyber cops.mst la men tnet jga.tahka aku lg aktif nnt

hehehe thank you for d wish!!! comey aih kek smpai geli nak makan.hahaahha

imtiyazismail said...

hahaa mana ada aku triak
aku triak kt kamdar ja hua2
ust zaini ea?ntahla aku belasah ja heheheh
truskan snyuman anda,mampu mbawa keceriaan kpada smua org insyaallah!
luv u n 1 more time,slmt 23 thun!!