Tazkirah 6...sabar

" Sabar mampu mendidik jiwa agar menjadi orang yang bertaqwa "

Apabila kita bersabar dengan setiap apa yang berlaku,insyaallah jiwa akan menjadi tenang.
Telah dikatakan bahawa :

" sabar itu adalah ketika rempuhan pertama"

apakah maksud ayat ini?

apabila sesuatu yang buruk berlaku,kita terus terima dengan redho,tanpa menyoal itu dan ini.tidak memaki hamun,sumpah serapah dan pelbagai lagi...itulah namanya sabar.
bukan apabila dah berlaku,dah marah-marah cukup sebakul,baru nak cool down,ohhh itu bukan sabar namanya.itu kurang sabar.


"Apabila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu..Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun....Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..."


imtiyazismail
16082010
03:42pm

No comments: