jijah oiiiii

petang tadi telefon rumah aku berdering.rumah mana lagi,rumah kat malaysia la.
aku nak angkat,tapi tak mampu sebab aku yang call.
dulu time first year aku selalu kol rumah,malangnya time tu kakak aku yang bajet 45 kilo(sham) tu ada kat rumah sebab dia cuti.asal aku call je,mesti dia yang angkat.dah macam telefon tu dia yang punya.nampak sangat 24 jam tengok tv.(telefon terletak bersebelahan tv).sampai satu hari tu dia angkat phone,dengar ja suara aku,dia terus cakap

"lah hang lagi??tak dak orang lain ka nak tepon?bagila mama masa sikit nak rindu kat hang.ni tiap masa telefon,tak dan nak rindu..."

"arghhh aku kesah apa.aku nak cakap ngan mama,bukan ngan hang.dah dah,mama mana??"

ok selingan.saja nak ngutuk cik senyum tu.itulah gayanya time aku first year.tapi sekarang dah second year,dah jarang-jarang jugak call,.seminggu sekali ja.lagipon voip sekarang mahal.

ok sambung cerita tadi.
aku tepon rumah bukan sebab rindu nak teriak melalak-lalak teringatkan rumah,bukan!bukan!
ada sebab lain.sebab yang membuatkan aku sangat teruji sebagai
seorang wanita yang bakal menjadi seorang isteri nanti.perghh ayat kontroversi.NANTI lah NANTI!bukan sekarang.

semalam tengah asyik aku melayan cerita good luck di bulan puasa ini(ok tak bertamadun),tiba-tiba aku mendapat ym daripada seorang kawan.kawan lelaki.

selepas sedikit kata-kata permulaan,dia terus memulakan bicara dengan bertanyakan soalan yang membuatkan mata aku hampir terjembol keluar(ok hiperbola).tapi aku buat-buat relax.izzah yang kat sebelah pon berdebar weh,aku dapat rasakan degupan jantung dia.


"yat....macam mana nak masak beras pulut erh??terasa nak makan pulut pulak..."

"air banyak mana?macam masak nasi ke?"

bertubi-tubi aku diserang.
ya Allah,berat betul dugaan aku malam ni.terketar-ketar tangan nak t
aip.
jangan ditanya cara memasak,beras biasa dengan beras pulut pon belum tentu aku dapat bezakan.
tapi aku cuba tidak gelabah.aku letakkan jari di kepala,gaya-gaya seperti berfikir..masak nasi aku pandaila,cuma aku belum pernah ada peluang nak masak pulut.
aku rasa macam biasa jela kan.air macam masak nasi juga.selepas bergelak-gelak dengan izzah sebab tak tahu nak jawab(bukan tak tahu,tak pasti je hahaha),akhirnya aku pergi bertanya dengan kak khairun yang sememangnya cekap bab-bab memasak ni.haaa betol la.kak khairun pon bersutuju dengan jawapan aku.air diukur macam masak nasi juga.

"a ah.air mcm masak nasi juga"aku cuba membalas


"betul la kot"aku balas lagi.

"insyaallah betul dah"...3 kali aku membalas.

dalam hati aku bermonolog,mesti dia pening dan ragu-ragu dengan jawapan aku.sapa suro tanya aku.memang silap orang.

lalu dia ucapkan terima kasih dan berkata esok malam dia nak try masak.

tiba-tiba berbunga hati ini.esok malam??wah boleh la kol mama tanya macam mana caranya.
ha sebab tu la aku kol mama tadi.panjang kan explanation???tak pa,janji paham.itu keyword kita malam ini.sembang punya sembang,akhirnya dah tahu gimana caranya.

"didihkan air dulu,baru masukkan beras pulut tu.air tu,kalau masak 1 pot beras,air setengah atau 3/4 pot"

"ohhhhhhhhhhhhhh..."

alang-alang dah call,teringin pulak nak berbicara dengan anak-anak saudara kesayanganku.dah besar kah mereka?ok soalan takleh blah.mak su yang prihatin ni tentang tumbesaran kanak-kanak ribena itu.
aku bersembang ngan kakak(iffatul amani).dia anak saudara paling besar,dah nak upsr pon.sembang punya sembang,aku terdengar suara jijah(izzah hanani)
haaaa budak itu!aku nak cakap dengan budak itu!anak saudara yang paling susah nak dapat cakap dengan dia.aku tak mengharapkan apa-apa.dapat dengar suara pon ok dah sebab masa paling lama dia boleh bertahan bercakap di telefon hanyalah dalam 3 minit,atau kurang.berlagak kan?
aku ni selalu ja kena marah dengan dia.saya suka!cool weh...

"hey awak pandang-pandang saya kenapa?"

"eh mak su ni cakap banyak pulak"

ayat-ayat biasa yang aku selalu kena serang dengan dia.penah juga satu hari aku cakap telefon dengan dia.aku suro dia bacakan abc,mak su nak check betol ke tak.

"eh saya dah pandaila abc.saya dah dapat nombor 1 pon!!"

kan dah kena dengan si jijah ni.aku gelak tak boleh berenti time tu.adoyaiii jijah..jijah...

hari ini aku nak mencuba nasib aku untuk bercakap dengan dia.

aku memulakan bicara.

mak su:hello...sapa nie??
jijah:nie izzah...

wahhh memang jawapan budak gi tadika,kalau dulu mesti jawab,nie jijah.apa barang jijah,mana hot kan???

mak su:kenal tak sapa nie??
jijah:ehhh saya tak kenal la awak sapa..

hahahhaha aku dah gelak.dia start dah.ok tanya lagi.

mak su:nie mak su la.....awak puasa tak hari ni?
jijah:ohhhh mak su ke....takkkkk....

wahhhh dia kenal lagi mak su


mak su:laaa kenapa awak tak puasa.kan dah besar....awak rindu mak su tak?
jijah:tak pon!
mak su:sampai hati izzah tak rindu mak su

aku buat-buat sedih.


jijah:ehh mak su cakap apa ni,saya tak paham la...ok la mak su,saya rasa macam penat la cakap tepon
mak su:ok la,byeeeeeeeeeeee!!

aku ingatkan dia nak pass phone kat kakak dia,sekali dah tut
...tut...tut...la dah letak.

hahahahahhaa seperti yang dijangka!!!ohhhh jijah,hang memang sempoi!!!

pernah jugak aku call rumah hari tu,dia yang angkat

"helo...helo..sapa nie?helo..."

tak sempat nak jawab apa-apa,tepon dah bertukar tangan kat mama aku.lain kali jangan angkat tepon ye jijah.pening orang nak jawab.nasib mak su yang call,kalau orang lain?kan masalah tu.

yang lagi best


excited mula-mula cakap ngan aku


"kenapa mak su tak balik?"



"mak su tak dak duit la"



"la pegi la bank,ambik duit...ehh mak su cakap dengan bibik ea,saya tak lara
t cakap lagi la"


aku sudah biasa dilayan sebegitu oleh si jijah.
dari dulu sampai sekarang memang belagak!!!
tunggu mak su balik ni,mak su gigit-gigit jijah!


aku bersama kak long,kakak(iffatul amani)and the very hot one
jijah!!!!(muka berlagak kan???)



imtiyazismail
26082010
11:00pm














2 comments:

tsam_ismail said...

hahahah jijah oi jijah!prgai mcm pak lang mmg la anak no 3 ni kot.haih

wey gmbaq d mana tu?tgok umah mcm nak knai dah.

imtiyazismail said...

aku geram sungguh kat bdak kechik tu..
mcm nk cincang pon ada...hahhah
sah mmg mcm pk lang!!

ala umah wa haq...raya hat aku kena pi awai tu...