AKU,KAU,DIA dan KAMU

Negaraku kini dibanjiri dengan hulubalang!!informasi yang aku terima dari tunku laksamana Doremi mengatakan mereka hulubalang dari negara Lalang yang suka suki lalu lalang kat sini
nak masok negara orang pon biarla berbisa.eh salah,berVISA.kan dah jadi pendatang haram.
gara-gara aku balik kampung,raya punya hal,mereka merampas kerajaan Taman dan mengamalkan sistem birokrasi.aku dihalau,juga rakyat-rakyat lipasku.
tapi aku berjaya merampas kembali takhta berkat bantuan pahlawan-pahlawan orang laut!!!hulubalang itu semua aku sumpah jadi pokok ubi,boleh juga buka perniagaan ubi bakar kat tepi jalan.demi menghargai bantuan pahlawan-pahlawan laut,aku kembalikan mereka ke negara asal mereka di kutub utara menaiki airasia.bukan main seronok mereka-mereka itu dapat naik kapal terbang free.yela,selalu dapat naik jetski ja.aku tumpang gembira untuk mereka.
kini aku dapat menyuburkan kembali taman aku ini.

wahhh lama juga aku tak hapdate.busy kah?tak juga.malas?ya2 itu jawapan terbaik setakat ini.
selepas aku tulis ayat atas ini,aku dapat jawapan baru.terlalu banyak idea sampai tak tahu nak tulis yang mana satu.ya2 itu jawapan terbaik setakat ini.hari ni aku terasa nak cerita satu cerita kurang senonoh.boleh muntah keluar daging selepas membacanya.itupun kalau anda membaca dengan penuh perasaan seiring dengan intonasi suara yang slumber seperti yuna.alkisahnya sebegini.

ada satu hari tu aku tercuri-curi dengar orang mana entah bersembang perihal 1 syawal.tula lain kali kalau nak gosip pah bedah yo,tutup pintu rapat-rapat.kan aku dah berdosa tumpang bergosip sekali.aku kurang mengenali mereka.tapi dah TERdengar,aku teruskan jela,sebab macam menarik ja.so aku nak share la cerita yang aku rasa menarik itu dengan hampa semua.aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menaip balik seketul-seketul seperti yang mereka tuturkan.tak baik tokok tambah.ini cerita mereka,bukan cerita aku.mereka ini 4 bersahabat.nama mereka SITI AKU,NURUL KAU, NOR DIA dan SYARIFAH KAMU (nama sebenar),nama panggilan AKU,KAU,DIA dan KAMU.

malam raya yang lepas,dua sahabat,AKU dan KAU buat kerja sambilan.cari duit lebih nak beli mercun agaknya.malam-malam raya masih bekerja,tabah betol.anak-anak kat rumah nangis nak makan kuih raya sapa nak layan.mereka berdua menjadi delivery girls.hantar baju raya kat rumah orang.kerja ni tak da gaji pon sebenarnya.sukarelawati mereka ini.hanya Allah sahaja yang dapat membayar gaji mereka.dekat satu rumah tu,ada sorang ni berkata kepada mereka :

" bagusla korang...dengan perbuatan korang nie,korang dapat buat orang lain bahagia di malam raya"

AKU dan KAU senyum sampai telinga macam dapat duit raya 100 dolar.

sementara itu,DIA berada di rumah.berehat-rehat tiada kerja.AKU menelefon DIA dan memberi arahan.

"weh ada keja dak??tolong wehh...tolong sembelih daging yang aku tambat kat dalam peti besi tu.sembelih bagi jadi kecik-kecik boleh dak?pastu simpan balik dalam peti besi aku tu.balik satgi aku boleh masak terus,aku macam lambat lagi nak balik " si DIA turutkan sahaja arahan itu.

jam hampir menunjukkan angka 11.30.AKU dan KAU sampai juga ke rumah selepas penat bekerja.si DIA pula sudah tidur.penat meyembelih daging agaknya.AKU akan memasak malam ni.nampak gaya macam tak tido ja.banyak menu nak masak ni.teringin nak makan di pagi raya.KAU pula akan mengemas rumah,tapi dia dah tertido.tak apa,akan AKU kejutkan juga nanti.selepas melakukan sedikit aktiviti pembersihan diri,AKU dah bersiap-siap nak memasak.KAU juga dah bangun dari tido.macam mana KAU boleh terbangun,AKU kurang pasti.mungkin KAU ingat orang dah start solat hari raya.AKU pegi ambil daging dalam peti besi yang sudah siap dipotong.hmmm bagus juga hasil kerja DIA ini.

AKU masak punya masak,potong punya potong,bersin punya bersin,sampai time untuk memasukkan daging.AKU buka tupperware itu,AKU tengok dan AKU bertanya kepada KAU :

"rasa-rasa DIA dah basuh belum daging ni?"

"ermmm tak taula,nak tanya,DIA dah tido"

"mestilah dah basuh kan?mana ada orang potong daging tak basuh,lagipon AKU tengok,bersih je ni,tak da darah pon"

AKU dengan yakinnya mencampakkan semua daging itu dalam masakannya.akhirnya siap menu yang diidamkan itu.

**********

pagi 1 Syawal....

KAU memuji-muji masakan AKU.sedap betol katanya.AKU pon akui masakannya memang sedap tapi hanya di dalam hati.AKU dapat 1 dosa di pagi syawal,dosa riak.

AKU,KAU dan DIA bersama-sama bersarapan pada pagi itu sambil memuji-muji kesedapan masakan AKU.semua gembira.

*orang sepatutnya memuji-muji kebesaran Allah,mereka pula memuji-muji makanan AKU.haishhhhh...

"makan weh makan,tambah-tambah,banyak lagi ni.kat dapur ada 5 kawah lagi "berkata AKU dengan makanan penuh di dalam mulut.

ketika semua tengah khusyuk melahap menyumbat-nyumbat makanan di dalam mulut,KAU berkata sesuatu :

"weh DIA,DIA dah basuh kan daging ni semalam??"

AKU menyampuk

"AKU tengok bersih je.lagipon DIA tido,tak sampai hati nak tanya.AKU masak jela."

lalu mata DIA membulat seperti ternampak hantu tengah makan nasi di depan mata

"DIA tak basuh lagi weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!"

semua terdiam.

"tak pa,tak pa.makan-makan.sedap ni.ala dah masakkan,semua bacteria dah mati" KAU berkata sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

AKU dan DIA pon teruskan makan sambil bercerita pasal doraemon tanpa menghiraukan tentang daging yang sudah menjadi sarapan kami.

sedang kami bergembira bercerita,tiba-tiba pintu diketuk.

"tok..tok"

"masukla....pintu tak kunci,SELAMAT HARI RAYA!!!"AKU berkata-kata penuh semangat raya.

muncul suatu lembaga di muka pintu...

"ehhhh KAMU..mehla masuk...dah sarapan belum??mehla masuk sarapan dengan kami!!!!!!"AKU berkata tanpa ada perasaan,seperti terlupa apa yang berlaku seminit yang tadi.

DIA dan KAU hanya mampu meneruskan makan dan berpura-pura tak tahu apa-apa.

**********************


p/s:sumpah ini bukan cerita aku,ini cerita AKU,DIA,KAU dan KAMU
p/s/s:aku sempat curik-curik dengar gosip dia orang sampai habis,katanya tak ada yang sakit perut,alhamdulillah.dan mereka rasa bersalah kat KAMU itu.

p/s/s/s: SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN :)))))




imtiyazismail
26092010
02:57pm




No comments: